Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
“Jgn Msk Campur Soal Nafkah Anak..”- Lufya Omar ‘S0und’ Kekasih Bekas Suami, Sekali Ini Jawab Julia Farhana
Pelakon Lufya Omar menegaskan tindakan kekasih kepada bekas suami iaitu Dr Che Muhammad Hafiz membuat laporan polis atas dakwaan dia mengganggu kehidupannya sangat tidak masuk akal. Bukan saya hubungi dia dulu Memetik laporan Melodi, Lufya berkata wanita yang juga merupakan seorang pelakon itu menghubungi dirinya terlebih dahulu kerana ingin berbincang soal nafkah Laana Haura.Kata Lufya, 37, dia dituduh telah memasang pengintip (spy) untuk mengawasi gerak geri pelakon yang tidak didedahkan nama itu.
Saya pergi ke balai polis. Yang lucunya, saya pula yang dituduh mengganggu orang itu. Tak masuk akal sebab dia yang nak jumpa saya personally, dia juga mesej saya untuk bercakap soal nafkah anak.
Mula-mula saya balas juga suruh nasihat bakal suami (Hafiz) selesaikan baki tertunggak. Bila fikir balik, kenapa saya perlu berurusan dengan dia, jadi saya terus block.Dia buat laporan tetapi tak ada bukti yang menunjukkan saya ganggu dia. Dia kata saya pasang ‘spy’ ambil gambar dia padahal saya dapat dari orang lain.Dah lama pun saya tahu, saya tak masuk campur pun. Saya tak pernah ambil tahu. Buat apa saya pasang spy, bukan murah nak bayar. Baik bayar tuisyen anak saya. Bukan urusan kamu!
Dalam pada itu, pemilik nama Lutfyah Sheikh Omar menegaskan kekasih bekas suaminya itu tidak seharusnya masuk campur dalam urusan nafkah kerana dia orang luar.Awak siapa yang saya nak ambil tahu? Pertuduhan itu tanpa bukti. Jangan kacau saya dengan anak! Jangan masuk campur isu nafkah anak. Bukan urusan kamu.
Saya doakan urusan kamu berjaya. Fokus berlakon, jaga diri baik-baik. Kalau dia (Hafiz) suruh ke depan, kamu cakap sibuk dengan berlakon.Untuk rekod, Lufya pernah mendirikan rumah tangga dengan Hafiz pada 26 November 2016 dan dikurniakan anak perempuan yang kini berusia empat tahun.
Bagaimanapun Lufya dan Hafiz yang merupakan seorang doktor bercerai pada 17 Jun 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam.
Julia Farhana Marin kecewa terima pelbagai fitn4h
“Kenapa bila dah dekat tarikh perkahwinan baru terjadi semua ni?’ Itu luahan pelakon, Julia Farhana Marin mengenai situasi yang melanda dirinya dan bakal suami, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum yang berdepan dengan pelbagai fitnah sehingga terpaksa membuat laporan polis atas tuduhan tidak berasas itu.Walaupun tidak mendedahkan kepada siapa laporan itu dibuat, namun ia dipercayai dibuat terhadap pelakon, Lufya Omar yang juga bekas isteri Hafiz.
Julia menerusi Instagram berkata, membuat laporan polis kerana sahabat dan rakan kongsi perniagaannya diganggu dengan gambar-gambar dia di tempat awam berserta pelbagai fitnah. “Fitnah besar (berbukti) bahawa saya melakukan sesuatu yang salah di sisi undang-undang. Itu tujuan laporan polis dibuat,” tulisnya.Julia juga turut berkongsi kekecewaannya dengan situasi yang berlaku juga ingin menjelaskan segala persoalan serta fitnah yang timbul membabitkan namanya.
“Saya sangat kecewa dengan khabar angin yang bertebaran sebab saya adalah seorang yang menjaga privasi serta kehidupan peribadi saya. Namun, sejak muncul pelbagai versi cerita, saya perlu bersuara untuk mempertahankan hak saya,” katanya.Turut berkongsi kronologi panjang mengenai apa yang berlaku, Julia juga turut memuat naik tangkap layar mesej yang dihantarnya kepada individu itu, namun, menerima reaksi yang dilihat kurang matang.
“Berkali-kali bakal suami saya nasihatkan supaya jangan berhubung dengan dia tetapi saya degil. Saya respon sebab apa? Sebab nak hormati dia dan buka peluang untuknya berbincang dengan saya sekiranya diperlukan.”Saya tak ada masalah kalau nak dibawa berbincang. Namun, saya dihina. Tunang saya terima fitnah dan hinaan mengenai saya. Namun, saya masih kata, tak apa. Mungkin dia salah faham. Sekarang, secara umum?
“Saya tak ada niat untuk terbabit dalam masalah ini. Saya terima masa lalu bakal suami saya. Niat saya mudah, saya nak berbaik tetapi dibalas sebegini. Saya adalah orang yang waras dan saya nak kembali kepada kehidupan peribadi saya,” tulisnya.Sementara itu, Hafiz turut berkongsi foto laporan polis sama di samping tangkap layar mesej yang terpapar nama bekas isterinya, Lufya Omar.
Menurut Hafiz, dia dan Julia akan mencari jalan penyelesaian terbaik untuk anaknya, Laana Haura.”Saya dan bakal isteri, niat kami cuma nak cari jalan penyelesaian yang baik untuk Haura dan sudah cuba yang terbaik untuk berbincang dengannya (bukti ada), tetapi sudah ditolak malah dibalas dengan kata-kata yang kurang sopan dan juga fitnah.”Jadi lebih profesional dan jangan babitkan orang yang tidak sepatutnya seperti keluarga saya dan juga bakal isteri,” katanya.
Leave a Reply