“Kasihnya seorang kakak” Kanak2 Perempuan Selongkar Timbunan Sampah Cari Permainan Untuk Adiknya

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

“Kasihnya seorang kakak” Kanak2 Perempuan Selongkar Timbunan Sampah Cari Permainan Untuk Adiknya

Kasih seorang kakak atau abang kepada adik-adik tidak dapat disangkal lagi. Sebagai anak yang lebih tua , mereka tahu tanggungjawab untuk melindungi dan menjaga adik-adik terletak pada bahu mereka ketika ketiadaan ibu bapa.

Seperti posting terbaru yang dikongsikan di Facebook Vitaminbae, seorang kanak-kanak perempuan dilihat menyelongkar timbunan sampah sambil mengumpulkan mainan-mainan terbuang di dalam sebuah kotak.

Si kakak mengumpulkan mainan-mainan yang masih elok ke dalam sebuah kotak terpakai..

Ketika disantuni oleh salah seorang tim yang bertugas, rupa-rupanya kanak-kanak ini mencari mainan yang dibuang untuk diberikan kepada adik-adiknya di rumah.

Demikian perkongsian daripada Facebook Vitaminbae :

Selalunya asnaf yang saya jumpa di tempat pembuangan sampah mengumpul tin, kotak, wayar atau barang yang boleh dijual semula. Tapi kali ini ceritanya agak berbeza.

Bukan kotak, bukan tin atau wayar tapi mainan. Mainan yang dicari untuk dibawa pulang buat adik-adiknya di rumah. Allahu! Lokasi pencarian jauh dari tempat tinggal, tempat yang dicari penuh dengan segala kek0toran, agak berbau sampai mel0yakan bagi yang tidak biasa.

Terfikir sejenak, apakah yang membuatkan hati adik ni menjadi kuat seolah-olah dunianya yang sepatutnya dilalui dengan keseronokan, tetapi memilih untuk didewasakan oleh keadaan.

Apapun tiada takdir Tuhan yang sia-sia. Dengan dana misi yang ada, tim dapat menyantuni dengan pemberian barangan dapur serta sedikit wang ringgit yang akan digunakannya untuk membeli susu.

Terima kasih semua..

Melalui perkongsian tersebut, si kakak dikatakan sanggup berjalan kaki ke lokasi yang jauh daripada tempat tinggal mereka untuk mengumpul mainan agar dapat diberikan buat adik-adiknya yang menunggu kepulangannya di rumah.

Mainan yang berjaya dikumpulkan oleh si kakak

Tidak dapat dipastikan nama dan tempat tinggalnya di mana. Namun, menurut maklumat daripada Vitaminbae, kejadian itu berlaku ketika timnya sedang menjalankan misi mencari asnaf di daerah Sandakan, Sabah.

Sumber : Vitaminbae via harmagidun

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*