“Macam mana nak buntlng kalau tk duduk rumah..” Terima k0men tentang zurlat, Sekali ini Ayat padv Siti Elizad

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

“Macam mana nak buntlng kalau tk duduk rumah..” Terima k0men tentang zurlat, Sekali ini Ayat padv Siti Elizad

Umum mengetahui pelakon dan penyampai radio, Siti Elizad pernah menjalani proses rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF) beberapa kali sebagai ikhtiar untuk hamil cahaya mata pertama namun masih belum dikurniakan rezeki sehingga kini. Namun begitu, ada individu yang tidak bermoral meninggalkan komen yang agak biadap di ruangan komen Elizad menyatakan pelakon itu tidak dikurniakan anak kerana sering tidak berada di rumah.

“Macam mana nak bunting dan dapat anak kalau tak melekat kat rumah… asyik duduk atas kuda kepang je ni! Baru je nak lekat bergegar terus keluar sama-sama kencing awak. “Benih awak dan suami tu lemah sangat… cuba duduk rumah diam-diam macam wife aku ni!,” ujar individu itu. Terkilan dengan kata-kata individu itu, Elizad atau nama sebenarnya Siti Elizad Mohd Shariffudin, 38, menyatakan bahawa dia keluar untuk bekerja.

Dan menikmati apa yang dilakukannya malah tidak meminta sesiapa untuk menyukainya. Lebih kecewa, Elizad menyatakan bahawa komen individu itu membuka ruang untuk orang ramai mentertawakan dirinya. “Just to let you know, saya kerja & enjoy denga napa yang saya buat. Tak kacau orang pun. Kalau ada yang suka Alhamdulillah, kalau ada yang tak suka, tiada paksaan pun. “Saya hanya berkongsi apa yang saya suka di media sosial”

tak pernah berlumba dengan sesiapa pun. Komen anda membuka ruang untuk saya di KETAWA kan. Terima kasih ya,” luah Elizad. Walaupun diperlakukan sebegitu, Elizad tidak bertindak membalas dengan kata-kata negatif malah melihat kepada sisi yang positif. “Moga yang baik-baik Allah gantikan untuk saya. Walau selalu tersenyum & ketawa, jauh di sudut hati, sedih & kecewa tu pasti ada untuk keluarga saya yang membaca.

“Tapi tak pernah tunjuk pun. Jadi nak mengadu pada siapa? Pada Allah SWT tempatnya. Lah Tahzan.“P/S: video dengan budak-budak pun orang kata pura-pura. Wallahualam,” katanya.

Sumber xtra.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*