Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
“Dia Berusaha Tak Meminta” – 0KU Gigih Jual Kek Berkerusi R0da, Ramai D0akan Jualan Peniaganya Laku Keras
Jalan hidup dan corak kehidupan setiap insan berbeza-beza. Ada yang sudah dilahirkan senang lenang dan ada juga yang sebaliknya.
Apa yang pasti, Tuhan sudah mengatur semuanya sesuai dengan jalan hidup seseorang. Ada hikmah di setiap takdir dan sesuatu kejadian berlaku. Bak kata pepatah, ‘di mana ada kemahuan, di situ ada jalan’.
Seperti sebuah video yang tular semalam berkenaan seorang peniaga yang terdiri daripada golongan Orang Kurang Upaya (0KU) telah menjentik hati sesiapa yang menontonnya.
Menerusi video yang dikongsi oleh seorang wanita di laman TikT0k itu, kelihatan peniaga OKU terbabit menjaja aneka kek di lokasi Lake Fields dengan hanya menggunakan kerusi roda untuk ke suatu tempat ke tempat yang lain.
Dia mengagumkan ramai apabila menunjukkan usaha keras meraih rezeki untuk mengisi perut dengan penuh semangat walau fizikalnya sedikit terbatas.
“Nampak abang ni di Lake Fields hari ini. Andai nampak dia, supportlah. Dia kurang upaya tetapi berusaha dan tidak hanya meminta.
“Bantu selagi termampu. Abang ni jual kek RM15 sebekas. Beli 3 free 1,” terangnya dalam kisah OKU gigih jual kek menggunakan kerusi roda berkenaan.
Di dalam video itu juga, ditunjukkan ada pelanggan baik hati yang sedang membeli kek yang dijual peniaga OKU terbabit.
Sumber DM
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com
Leave a Reply