Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Gadis India Baca D0a Sebelum Makan Tarik Perhatian Ramai “Kawan aku siap boleh baca Al-Fatihah, 99 nama Allah…”
Mempunyai kawan berlainan bangsa sememangnya seronok memandangkan kita boleh mempelajari budaya dan cara hidup mereka. Terkadang, akibat terlalu biasa lepak bersama, walaupon berbeza agama namun kita terbiasa dengan amalan yang dilakukan mereka.
Begitulah yang berlaku apabila seorang gadis India membaca doa makan untuk rakan-rakan mencuri perhatian ramai.
“Okay baca doa, doa makan.”
Menerusi perkongsian @luna di Tkt0k, dia memuat naik video sahabat baiknya itu yang ‘mengimamkan’ bacaan doa makan manakal rakan-rakan yang lain hanya menadah tangan dan menaminkan doa tersebut.
Apa yang menarik perhatian netizen adalah cara gadis India tersebut yang lancar dan fasih membaca doa makan membuatkan netizen kagum dan ada yang boleh ‘relate’ bagi yang mempunyai sahabat berbeza bangsa juga.
“Calm down everyone…”
Empunya video sempat menjelaskan bahawa dia terlebih dahulu membaca doa makan sendiri sebelum berseloroh ingin rakannya membacakan untuk mereka.
Malahan dia turut berpesan untuk menghormati agama lain dan menyatakan kawan mereka yang fasih membaca doa tersebut disebabkan dia memang bersekolah Melayu dan selalu mendengar bacaan ayat Al-quran sehingga boleh menghafalnya.
“Kawan aku siap boleh baca Al-Fatihah, 99 nama Allah…”
Tinjauan ke ruangan komen juga mendapati ramai yang berpendapat sama memandangkan mereka bercampur sekolah dan biasa mendengar bacaan doa dan sebagainya sehingga mampu untuk membaca sendiri.
Adab – Adab Ketika Makan
1. Mencuci tangan sebelum dan selepas makan
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ : ” أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَكَلَ كَتِفَ شَاةٍ فَمَضْمَضَ ، وَغَسَلَ يَدَيْهِ ، وَصَلَّى “
Maksudnya : Daripada Abu Hurairah RA meriwayatkan Rasulullah s.a.w memakan paha seekor kambing, kemudian berkumur-kumur, membasuh kedua tangannya, kemudian solat. (Sunan Ibnu Majah)
Walaupun hadis ini hanya menceritakan kepada kita tentang Rasulullah SAW membasuh tangan selepas makan, tetapi kita digalakkan untuk mencuci tangan sebelum dan selepas makan kerana ia dapat menghindarkan diri daripada kuman dan segala penyakit.
2. Membaca Doa sebelum makan
SUMBER:luna Via Redaksi
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com
Leave a Reply