Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Kisah Husin Yang Digelar Kaya Jiwa Apabila Sering Membersihkan Kawasan Pejalan Kaki Sekitar Taiping Secara Sukarela Sahaja. Teladan Yang Patut Dic0nt0hi
Terbaca satu kisah mengenai seorang insan hebat yang bernama Husin Bin Kasim. Teladan daripada beliau adalah contoh yang terbaik yang sepatutnya diikuti oleh semua. Jom baca kisahnya di bawah ini:
Kisah Husin Yang Digelar Kaya Jiwa
Di sebalik raut wajahnya yang ceria, tersimpan seribu satu kisah. Seorang individu yang dikenali sebagai Husin bin Kasim merupakan anak kelahiran Johor kini tinggal di Taiping. Dia tidak mempunyai pekerjaan tetap kerana menjaga ibunya yang sakit.
Apa yang menarik mengenai lelaki ini adalah dia seorang yang kaya jiwa apabila sering membersihkan kawasan pejalan kaki sekitar Taiping. Sangat inspirasi dan semoga ramai yang mempunyai hati mula seperti beliau. Ikuti perkongsian yang menyentuh hati kami..
Menjaga ibu yang sedang s4kit
“#InspirasiMasyarakat Puas memujuk dia untuk bergambar, berkali-kali ditolak. Alasannya? Segan dan tak mahu glamer, katanya. Setelah diterangkan kisahnya akan ditulis dan dikongsi dalam fb MPT sebagai inspirasi kepada masyarakat, beliau senyum tanda setuju.
Begitulah karektor Husin bin Kasim, anak kelahiran Johor kini tinggal di Taiping bersama-sama menjaga ibu tua yang sedang sakit. Apa yang menarik tentang Husin ini ialah beliau tiada pekerjaan tetap dan menyara kehidupan dengan menjual sayur-sayuran dan ulam-ulaman serta buah kelapa yang dikutip dari kawasan-kawasan sekitar Taiping.”
Suka membersihkan kawasan pejalan kaki
“Dalam masa yang sama, Hussin selalu dilihat menyapu dan membersihkan kawasan pejalan kaki antara IPD Taiping dan Galeri Perbandaran Taiping, iaitu di Jalan Ong Saik. Sebelum ini, jalan tersebut selalu dilihat kurang terurus kerana daun- daun pokok yang gugur menutupi lubang laluan air hujan ke longkang.
Memburukkan keadaan, kawasan laluan orang ramai ini juga sering dipenuhi sampah seperti plastik minuman, bekas botol minuman, kertas, plastik makanan dan sebagainya.”
Suka melihat Taiping bersih
“Bila ditanya, kenapa dia melakukan kerja-kerja tambahan ini sedangkan dia boleh terus mencari rezeki bila ada masa terluang? Bagi En. Husin, sebagai warga Taiping, dia suka melihat Taiping bersih dan terpanggil untuk berbakti dengan cara tersendiri. Ada kalanya jika tidak berkesempatan membersihkan pada waktu siang, dia akan mengorbankan waktu malamnya membersihkan kawasan tersebut.
Husin juga sering dilihat membantu mengemaskan ikatan tali kain rentang (banner) yang hampir terlucut kerana matanya tidak tahan melihat kain rentang yang longgar dan hampir tercabut. Dia tidak mengenakan upah untuk kerja-kerja ini, tapi jika ada rezeki yang dihulur oleh individu yang berhati mulia, Husin terima dengan ikhlas.”
Ingin terus menjaga ibunya
“Bila ditanya, apakah impiannya? Husin berkata dia ingin terus menjaga ibunya dan mengimpikan untuk memiliki sebuah motorsikal agar dapat mengurus masa dengan melakukan banyak kerja untuk dirinya dan untuk membantu masyarakat yang memerlukan bantuannya. “Dengan motorsikal, pergerakan saya akan lebih pantas, dan jimat masa”, ujarnya sambil berdiri di sebelah basikal tuanya yang banyak berjasa.
Ini adalah secebis kisah seorang warga Taiping yang sayangkan Taiping dan melakukan sesuatu yang baik untuk kesejahteraan Taiping mengikut cara dan kemampuannya.”
Sumber : Majlis Perbandaran Taiping
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com
Leave a Reply