“Jangan Letak Tuala Basah Pada Dahi Anak Ketika Demam”- Pakar

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

“Jangan Letak Tuala Basah Pada Dahi Anak Ketika Demam”- Pakar

Setiap kali anak demam tindakan pertama yang dilakukan oleh ibu bapa adalah dengan membawa anak ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Selain dibawa berjumpa doktor di klinik, sesetengah ibu bapa juga mengamalkan cara tradisional untuk mempercepatkan anak mereka sembuh seperti biasa.

Namun Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Dr Mansor Ramli mendedahkan di halaman TikToknya yang perbuatan itu sebenarnya dapat memburukkan lagi keadaan selain mengundang risiko terkena sawan.

Jelas Dr Mansor, tindakan menekap tuala ke dahi kanak-kanak sebenarnya akan menghalang haba daripada keluar dan apabila suhu badan semakin meningkat ia boleh menyebabkan kanak-kanak terkena serangan sawan.

“Bayangkan periuk nasi, haba di bahagian bawahnya akan terus terperangkap dan panas itu tidak dapat dilepaskan dan apabila panas naik ke kepala, ia boleh menyebabkan sawan tarik,” katanya menerusi perkongsian di TikTok.

Dr Mansor turut memberitahu kebiasaannya kaedah sebut tidak bertahan lama dalam mengurangkan suhu panas kanak-kanak selain sering ditepis kerana berasa kurang selesa.

Kongsinya lagi, kaedah paling berkesan untuk mengurangkan panas badan adalah dengan menyapu air secara terus ke bahagian kepala, leher dan ketiak menggunakan tangan.

Kaedah itu sebaik-baiknya diulang setiap lima minit namun perlu mengelak menyapu air ke bahagian tangan dan kaki untuk mengelak kanak-kanak menggigil dan meningkatkan kembali suhu badan mereka.

Sementara itu, Dr Mansor berkata, ibu bapa juga dinasihatkan untuk tidak terus memandikan anak-anak mereka selepas makan ubat sebaliknya perlu menunggu dua jam sebelum dimandikan.

Ini kerana katanya, suhu badan boleh turun secara mendadak dan boleh meningkat lebih tinggi selepas dimandikan.

“Selepas beri makan ubat makan atau punggung, biarkan terlebih dahulu dan jangan terus mandikan. Tunggu dua jam baru mandikan,” katanya.

Sumber: TikTok @klinikttdi_sgbesi

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*