Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Tular Anjing Beratur ‘Beli’ Nasi Lemak Di Kuching, Netizen Puji Sikap Pemilik Gerai
Tular Anjing Beratur ‘Beli’ Nasi Lemak Di Kuching, Netizen Puji Sikap Pemilik Gerai. Haiwan seperti anjing dan kucing sememangnya dikenali sebagai haiwan yang rapat dengan manusia. Malah, mereka seakan-akan mampu memahami tingkah laku serta emosi manusia terutamanya haiwan yang dibela.
Kisah anjing yang mencuit hati juga berlaku di Malaysia apabila anjing jalanan didapati turut ‘beratur’ untuk membeli nasi lemak di sebuah gerai. Kejadian tersebut dimuat naik oleh laman Facebook gerai tersebut iaitu Nasi Lemak Jambatan Tamparuli. Kiriman tersebut telah tular dan kini meraih 5.8K tanda suka serta 8.5K perkongsian.
Momen pemilik gerai dan anjing diolah jadi perbualan yang menghiburkan
Kehadiran anjing jalanan berdekatan gerai nasi lemak terbabit dirakam oleh pemilik gerai nasi lemak tersebut. Malah, momen bersama anjing tersebut turut diolah menjadi sebuah perbualan yang menghiburkan netizen. Perbualan dimulakan dengan pertanyaan anjing tentang harga sebungkus nasi lemak.
Gelagat antara pemilik gerai dan anjing yang sama-sama menoleh seolah-olah menunjukkan reaksi pelanggan lain yang hairan melihat seekor anjing membeli nasi lemak.
“Apa pandang-pandang?”
Ingat anjing tak ada duit ke? Siap cek poket pula tu.
Tak ada duit tunai, boleh pula ‘nego’ nak pakai e-wallet. Siapa yang tak pandai pakai e-wallet tu, boleh belajar dari anjing nasi lemak ini.
Disebabkan tidak mempunyai wang tunai dan pembayaran menggunakan e-wallet tidak diterima oleh pemilik gerai, anjing ini mengambil keputusan untuk beratur demi makanan percuma. Mesti buat muka kasihan depan owner tadi, kan?
Gambar perbualan tersebut diakhiri dengan anjing tersebut tersengih sambil memandang kamera bersama hidangan hari tersebut iaitu seketul ayam goreng. Ia seolah-olah menggambarkan perasaan sebenar anjing tersebut yang menerima makanan enak daripada manusia.
Anjing ini bawa ‘kawan-kawan’ lepak tunggu makanan percuma pula!
Menerusi tinjauan di ruangan komen pula, ternyata kisah anjing ini tidak terhenti di situ. Pemilik gerai ini kemudian memuat naik sebuah lagi gambar yang menunjukkan mereka membawa kawanan anjing-anjing yang lain untuk beratur sambil berbaring ‘membeli’ nasi lemak.
Penjarakan fizikal? On jer!
Netizen tersentuh dengan sikap pemilik gerai yang memberi makanan kepada haiwan jalanan. Walau pun perbualan ini hanya rekaan semata-mata, netizen ternyata terhibur dengan gelagat anjing dan pemilik gerai tersebut. Malah, sikap pemilik gerai tersebut turut dipuji kerana tidak menghalau haiwan terbabit, sebaliknya memberikan makanan kepada mereka.
Netizen yang tersentuh dengan sikap pemurah pemilik gerai tersebut mendoakan agar perniagaan nasi lemak itu semakin berjaya. Tidak kira agama dan bangsa, semuanya bersatu dan mendoakan yang terbaik jika kita berbuat baik kepada haiwan dan orang sekeliling.
Pemilik gerai nasi lemak ini bukan sahaja kreatif dan berhati mulia, malah dilihat bijak menggunakan platform media sosial untuk mempromosikan perniagaannya. Perkara yang kecil tetapi bermakna seperti ini tentunya menarik lebih banyak interaksi kerana ia lebih dekat dengan jiwa kita. Betul tak? Sama-sama kita doakan perniagaan pemilik gerai ini lebih maju dan berjaya di masa akan datang.
Sumber: ilovekch
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com
Leave a Reply