Anak Ketua Padɛri di Sebuah Kampung di Sibu Sarawak, Sanggup Lari Dari Keluarga Demi Peluk Islam

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Anak Ketua Padɛri di Sebuah Kampung di Sibu Sarawak, Sanggup Lari Dari Keluarga Demi Peluk Islam

“Tiga bulan hidup saya seperti dalam nɛraka, tetapi saya tetap dengan pendirian mahu terus menjadi orang Islam.

“Keluarga tidak merestui keputusan saya menyebabkan saya nɛkad meninggalkan mereka,” kata Catherin Casby atau Norhayati Abdullah, 54 tahun mengenai dugaan dihadapi apabila membuat keputusan menukar agama.

Kisah pilu yang dihadapi tidak pernah padam dalam ingatan suri rumah ini meskipun ia sudah lama berlalu.

Beliau kini hidup dengan lebih tenang melayari kehidupan bersama keluarga tercinta dan bersyukur pilihannya memeluk Islam amat tepat.

Tokoh Maal Hijrah 2015 Daerah Batu Pahat, Johor ini yakin jalan yang penuh berliku pada usia awal hidupnya adalah ujian Allah SWT bagi menguatkan imannya sebagai saudara baharu sekali gus menjadikannya Muslimah yang lebih tabah, beriman dan bertakwa.

Walaupun Norhayati dari suku kaum Iban mahu melupakan semua kenangan sedih, beliau bersedia berkongsi pengalaman yang ditɛmpuhi bagi memberi inspirasi dan iktibar kepada umat Islam khususnya saudara baru.

“Saya anak tunggal perempuan daripada lima beradik. Bapa saya ketua padɛri di sebuah kampung di Sibu, Sarawak. Ibu bapa saya meningg4l dunia, pada usia 13 tahun dan kemudian saya dijaga oleh ibu saudara,” katanya mengimbau zaman silamnya ketika ditemui di rumahnya di Batu Pahat, baru-baru ini.

Bercerita lanjut, Norhayati berkata, beliau berasa tertɛkan di rumah menyebabkannya menjadi seorang yang p4nas b4ran, pem4rah dan pendɛndam.

“Saya juga amat bɛnci dengan rakan sekolah yang beragama Islam sehingga sanggup mengoyakkan buku rakan jika mereka lebih cemerlang daripada saya dalam peperiksaan”.

“Malah, saya juga sering membvli mereka dengan mengambil bekal makanan yang dibawa dan membuangnya berkenaan ke longkang jika ia tidak menepati selera saya.

“Namun apa yang pɛlik, rakan yang beragama Islam sedikit pun tidak m4rah, malah tetap bersabar dengan kelakuan saya. Lebih mengɛjutkan mereka turut membawa bekal makanan khas untuk diberi kepada saya dan masih mahu terus berkawan dengan saya,” katanya.

Tahap kesabaran rakan beragama Islam melayan kelakuan bvruk beliau menyebabkan Norhayati mula tertarik hati dengan keikhlasan mereka menerima beliau seadanya sehingga nɛkad untuk mengenali dan mendalami Islam secara diam-diam.

Beliau mula mencari bahan bacaan untuk mengetahui mengenai Islam, selain memberanikan diri pergi sendiri ke Jabatan Agama Islam Sibu untuk mendalami agama itu.

Beliau juga mempunyai keluarga angkat beragama Islam, yang turut membimbingnya mendalami Islam berikutan usianya masih muda.

Yang nyata, kehidupannya penuh dengan ujian. Tragɛdi paling melekat di dalam jiwanya ialah apabila beliau diminta berhenti sekolah walaupun mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Lower Certificate of Education (LCE) dan disuruh menjadi menjadi r4hib di gɛreja.

“Hati saya h4ncur kerana satu-satunya perkara yang seronok ketika remaja ialah ketika di alam persekolahan. Tetapi keseronokan itu dir4mpas. Ketika di sekolah, saya dapat melupakan sebahagian daripada kisah sɛdih di rumah,” katanya.

Berikutan itu, beliau member0ntak dan melarikan diri ke rumah keluarga angkatnya di Sibu bagi menenangkan fikiran.

“Perkara paling saya ingin elakkan ialah dipaksa menjadi r4hib. Selepas puas berfikir, tanpa pengetahuan keluarga, saya nɛkad memeluk Islam secara senyap pada usia 15 tahun dengan bantuan keluarga angkat,” katanya.

Pada awalnya beliau mahu merahsiakan keputusannya memeluk Islam, tetapi selepas dua minggu pulang ke kampung, hatinya tidak mampu lagi menyimpan rahsia.

“Akhirnya memberitahu keluarga supaya mereka merestui. Bagaimanapun, saat permulaan mimpi paling ngeri dalam hidup saya. Keluarga membantah kɛras keputusan saya,” katanya.

Beliau nɛkad melarikan diri ketika semuanya ahli keluarganya sedang tidur dan menumpang di rumah kawan.

 

Dengan bantuan rakannya itu, Norhayati mula bekerja di sebuah restoran dan di situ jugalah, beliau bertemu jodoh. Beliau dilamar seorang pegawai kerajaan, yang menyatakan kesudian untuk menjaganya.

Pada usia 15 tahun, Norhayati bergelar isteri kepada Mohd Meras Ishak, yang 14 tahun lebih tua daripadanya.

Ketika baru berkahwin, saya sangat polos dan tidak tahu apa-apa. Sehingga ketika suami pergi kerja, saya yang menetap di kawasan kuarters kerajaan akan keluar bermain bersama anak jiran, bermain guli dan bermain sembunyi-sembunyi sehinggalah suami panggil untuk pulang.

“Suami banyak membimbing dan mengajar saya banyak perkara, termasuk cara bersolat dan berpuasa, selain menguruskan rumah tangga.

“Kami bahagia sehingga saya melahirkan enam cahaya mata. Namun, umur suami tidak panjang kerana dijɛmput Ilahi selepas 15 tahun berumahtangga,” katanya.

Selepas menjadi balu, Norhayati memutuskan untuk berpindah di kampung halaman suaminya di Batu Pahat dan meneruskan kehidupan dengan bekerja di kilang elektronik bagi membesarkan anak yang masih kecil.

“Dengan duit pampasan peninggalan arw4h suami, saya membeli sebuah rumah dan membesarkan semua anak hasil dengan bekerja kilang selama lebih 18 tahun. Anak meminta saya berhenti bekerja selepas mereka semua sudah tamat belajar di universiti dan bekerja,” katanya.

Kelapangan masa selepas berhenti kerja itu membolehkan Norhayati mendalami agama Islam. Beliau memasuki kelas agama di Badan Kebajikan Saudara Kita sehingga sekarang.

Saya berpeluang memperbetulkan bacaan al-Quran, bacaan dalam solat dan ilmu pengetahuan Islam lainnya, malah kerana berasakan kelas ini amat penting sebagai pembimbing hidup, saya tidak pernah sekali pun tidak hadir ke kelas yang diadakan tiga kali seminggu ini.

“Alhamdulillah, selepas gigih mengikuti kelas sejak tahun 2010, saya mendapat rezeki dan terpilih mengerjakan haji bersama rombongan kerajaan negeri Johor pada tahun 2013, yang menjadi hadiah paling bermakna dalam hidup saya,” katanya.

Kini, beliau nɛkad meningkatkan lagi ilmunya dalam bidang agama. Beliau mahu menuntut dengan guru agama sebagai persiapan mencapai cita-citanya, bergelar guru agama.

Beliau berazam kembali ke kampungnya di daerah Song, Sibu, Sarawak untuk berdakwah kepada keluarga dan masyarakat di sana.

“Sebelum ini, mereka cuba mencari saya dan berita kehilangan saya juga turut pernah disiarkan televisyen dan akhbar, namun ketika itu saya belum bersedia apatah lagi ilmu agama masih tidak cukup di dada,” katanya.

Beliau bercadang membawa ibu saudaranya tinggal bersama di Batu Pahat dan menjaganya, selain mahu mengajaknya memeluk Islam.

Norhayati mengakui, cabaran sebagai seorang saudara baharu amat hebat. Jika iman tidak cukup di dada, kemungkinan untuk kembali kepada agama asal amat tinggi.

“Alhamdulillah, saya dikelilingi sahabat, masyarakat yang baik, amat memahami malah langkah ke kelas agama juga banyak membimbing saya untuk terus bertakwa dan bersabar jika berdepan ujian.

 

“Sokongan rakan saudara baharu lain yang saling memberi sokongan dan galakan sesama kami juga menjadi pembakar semangat serta motivasi kepada saya untuk terus berjih4d ke jalan Allah SWT” katanya.

MEMBELA MUALAF QULUBUHUM.

Mualaf ialah mereka yang dijinakkan hatinya atau mereka yang diharapkan kecenderungan hatinya untuk menerima Islam atau yang memeluk Islam, tetapi belum kukuh Islamnya. Golongan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu beragama Islam, sama ada baru memeluk agama Islam atau orang yang memeluk Islam tetapi masih lemah imannya. Kedua, bukan beragama Islam, namun boleh dipujuk supaya menganut Islam serta cendɛrung hatinya kepada ajaran Islam.

Golongan mualaf memainkan peranan penting dalam sejarah awal pengembangan ajaran Islam. Di antara mereka adalah sahabat Nabi Muḥammad SAW yang mengembangkan ajaran Islam melalui peng0rbanan jiwa dan harta.

Menurut Alṭ-Ṭabari, perkataan al-mu’allafah qulubuhum ditafsirkan dengan mereka yang lembut hati mereka terhadap Islam, yang tidak perlu dibantu diri dan keluarga mereka seperti Abi Sufyan, ‘Uyaynah bin Badr, al-Aqra’ bin Habis dan sebagainya daripada kalangan pembesar kabilah.

Muhammad ‘Ali Al-Sobuni pula berpendapat muallaf qulubuhum ialah mereka yang diberikan zakat oleh Rasulullah SAW dengan tujuan menjinakkan hati mereka masuk Islam atau supaya menetapkan diri mereka dalam Islam.

Seperti mana yang diriwayatkan Sofwan bin Umaiyah bahawa dia berkata: “Nabi SAW memberikanku zakat, sedangkan dia adalah orang yang paling aku bɛnci. Baginda berterusan memberikanku zakat sehingga dia menjadi orang yang paling aku kasihi.” (Riwayat Muslim).

Ibn Kathir menjelaskan golongan mualaf juga adalah orang yang diberi sedekah agar Islamnya menjadi baik dan hatinya tetap dengan keislamannya.

Mualaf adalah mereka yang dijinakkan hatinya agar berkeinginan memeluk Islam sehingga tidak lagi memberikan gangguan kepada umat Islam ataupun golongan yang baru memeluk Islam sehingga mereka tidak kembali kepada agama lamanya.

Mualaf berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam perjalanan pengislamannya sehingga sebahagian daripada mereka kehilangan pekerjaan, putus hubungan dengan keluarga dan dius1r oleh masyarakat kaumnya. Justeru mereka wajar disantuni dengan memenuhi keperluan hidup dan kebajikan agar dapat merasai nikmat persaudaraan Islam.

Sebagai saudara seakidah, kita berkewajipan membantu dan membimbing mualaf untuk mempelajari Islam dengan sempurna. Bimbingan dan pendidikan agama bagi mualaf sangat penting kerana mereka sebelum ini berasal dari kepercayaan agama yang berbeza.

Di antara hak mualaf yang perlu ditunaikan termasuk menerima zakat, mendapatkan bimbingan dan pendidikan agama serta hak memperoleh keamanan. Apabila dua kalimah syahadah dilafazkan oleh seseorang mualaf, maka harta dan diri mereka tertakluk di bawah undang-undang agama serta terpelihara darahnya dan hartanya.

Perkara ini selaras dengan maksud sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari “Sesungguhnya Miqdad bin ‘Amr al-Kindi RA, salah seorang sahabat yang menyertai pepɛrangan Badar bersama Rasulullah SAW. Beliau berkata kepada Rasulullah SAW:

“Apakah pandangan tuan, jika aku bertemu dengan seorang lelaki daripada golongan k4fir lantas kami saling berbvnuhan, dia berjaya menɛtak salah satu tanganku dengan pɛdang dan mem0tongnya. Kemudian pergi berlindung di sebatang pokok dan berkata: Aku masuk Islam kerana Allah, adakah boleh aku membvnuhnya wahai Rasulullah setelah dia mengucapkannya.

Rasulullah SAW bersabda: ‘Jangan kamu membvnuhnya.’

Beliau berkata: ‘Wahai Rasulullah SAW, dia telah mem0tong tanganku, kemudian mengucapkannya setelah itu.

Sabda Rasulullah SAW: ‘Jangan kamu membvnuhnya, jika kamu membvnuhnya, maka dia seperti berada di kedudukanmu sebelum kamu membvnuhnya dan kamu berada di tempatnya sebelum dia melafazkan ungkapan yang dikatakan.’

Mualaf berkewajipan melaksanakan seluruh perintah Allah SWT dan menjauhi semua larangan-Nya seperti yang dipertanggungjawabkan ke atas umat Islam. Untuk menjadi seorang Muslim yang sempurna, selain wajib mengucapkan dua kalimah syahadah, kita juga perlu melaksanakan tanggungjawab dalam rukun Islam yang lima seperti mendirikan solat, berzakat, menunaikan haji dan berpuasa di bulan Ramadan.

Umat Islam perlu sentiasa mendekati mualaf bagi menjadi umat terbaik yang bertanggungjawab menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungk4ran.

Oleh itu mualaf wajar didekati melalui pendekatan dakwah yang penuh berhikmah. Seruan dakwah kepada golongan mualaf boleh dilaksanakan secara berperingkat bermula dengan mewujudkan hubungan silaturahim, ziarah menziarahi, mengadakan sesi dialog tentang Islam serta usaha menangani isu-isu kebajikan masyarakat.

Di antara aktiviti yang sesuai dilaksanakan termasuklah program motivasi, gotong-royong, keluarga angkat, sukaneka, kesenian dan hiburan, khidmat masyarakat dan majlis dialog. Orang bukan Islam juga boleh dijemput menghadiri program kemasyarakatan yang dianjurkan.

Selain mendekatkan golongan bukan Islam kepada Islam, usaha seperti ini juga dapat mengelakkan ketegangan, mengurangkan salah faham serta merapatkan jurang perbezaan dan penerimaan kelompok minoriti dan majoriti dalam sesuatu masyarakat.

Interaksi yang berlaku di antara penduduk Islam dan bukan Islam dalam masyarakat akan dapat membentuk kesefahaman dan kesepaduan yang menyumbang kepada sikap penerimaan sesama anggota masyarakat. Bahkan interaksi masyarakat Islam dengan bukan Islam melalui sambutan perayaan bersama misalnya secara tidak langsung dapat menarik orang bukan Islam kepada Islam.

Firman Allah SWT dalam surah Ali ‘Imran ayat 159 bermaksud: “Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu Wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat dan pengikutmu) dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu.

Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu) dan pohonkanlah ampun bagi mereka dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal keduniaan) itu, kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya.”

Golongan mualaf disantuni melalui pelbagai program kebajikan, kelas pengajian, bimbingan dan pusat perlindungan seperti dilaksanakan di Kompleks Darul Hidayah selain bantuan zakat oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Dalam negara kita terdapat ramai dalam kalangan golongan mualaf yang kemudiannya dapat menjadi contoh teladan terbaik dan menyumbang semula sebagai pendakwah dalam masyarakat. Mereka berjaya dalam pelbagai bidang yang diceburi dan menjadi contoh ikutan masyarakat.

Keprihatinan kerajaan terhadap pengupayaan golongan mualaf ini dapat dilihat melalui cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) baru-baru ini yang berhasrat menghantar mualaf yang terpilih menyambung pengajian agama ke peringkat lebih tinggi serta melantik guru takmir dalam kalangan masyarakat Orang Asli.

Mengambil kira kepentingan ini juga, JAWI turut memasukkan agenda Mualaf Care di dalam Pelan Pengimarahan Masjid-Masjid Wilayah Persekutuan demi memastikan program bimbingan dan kebajikan melibatkan golongan ini terus terbela serta akhirnya dapat memainkan peranan penting dalam usaha menegakkan syiar Islam sebagaimana zaman awal pengembangan Islam.

Sumber Harian Metro./ nasihatustaz

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*