Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Peminjam Wang Berlesen Dihurµng Lalat Ketika Berada Di Tanah Suci Mekah, Semoga Menjadi Iktibar Kepada Kita Semua
Gambar Sekadar Hiasan. Saya terlibat dalam urusan Haji dan Umrah ini sudah hampir sepuluh tahun. Selama itu, pelbagai ragam, gelagat dan perkara anɛh yang menimpa jemaah yang menunjukkan kebesaran Allah SWT di Tanah Suci yang saya lihat. Seperti kisah ini, ia berlaku sekitar tahun 2004. Kali ini, rombongan jemaah di bawah bimbingan saya menunaikan haji ifrad.
Suatu hari semasa berada di Mekah, ketika semua jemaah dalam berihram sebelum menuju ke Arafah, datang seorang jemaah wanita bertemu saya. Jemaah ini kemudiannya mengadu kepada saya tentang masalah yang dihadapi sahabat sebiliknya. “Hajah, kawan saya ini ada masalah,” beritahu jemaah wanita ini tanpa menceritakan hal sebenar.
“Apa masalahnya?” soal saya. Kemudian jemaah ini beritahu, badan rakan sebiliknya sentiasa dihųrung lalat. Ke mana saja pergi lalat sentiasa mengekorinya. Disebabkan perkara itu kawannya rasa r1mas dan m4lu dengan jemaah lain. Jadi kawannya banyak menghabiskan masa berkųrung di bilik.
Mendengamya saya agak terkejut. Belum pernah saya dengar masalah sebegini. Pelik, lalu saya mengajak jemaah tadi membawa saya berjumpa rakannya. Sebaik tiba di bilik, memang benar apa yang dikatakannya. Saya lihat badan rakan jemaah tersebut dihųrung lalat. Banyak lalat bertenggek di atas kain ihram putih yang dipakainya, terutama di bahagian kepala dan belakang. Bunyi lalat berterbangan berdengung-dengung.
Bila dihalaų, lalat-lalat itu terbang, tak sampai seminit lalat itu hinggap balik di badannya. Tapi peliknya hanya jemaah itu saja yang mengalaminya dan jemaah lain yang sebilik dengannya tidak pula. Kemudian jemaah ini mengadu kepada saya.
“Nak buat macam mana ni Hajah? Saya dah tak tahan. Nak bųnuh tak boleh sebab dalam ihram. Saya dah naik r1mas. Nak buat ibadah pun sųsah,” jemaah ini mengadu. Saya mengangguk,memang benar katanya. Ketika di dalam ihram kita dilarang membųnuh apa juga binatang. Selepas berfikir, saya buat keputusan membawa jemaah tadi berjumpa seorang ustazah. Mungkin ustazah ini boleh membantunya.
Ustazah ini merupakan kaunselor yang dilantik oleh pihak kami untuk menyelesaikan sebarang kemusykilan agama ketika menunaikan haji atau umrah. Ketika berjalan mahu berjumpa ustazah tersebut, saya lihat lalat tersebut sentiasa mengekori jemaah ini. Saya kira hampir 20 ekor jumlahnya dan apabila dikibas-kibaskan kain ihramnya, lalat tersebut lari. Kemudian datang kembali, tidak pula saya ambil peluang bertanya apa-apa masalahnya atau meng0rek latar belakangnya sebab takut jemnaah ini malu.
Sebaik berjumpa ustazah, segala yang berlaku kepadanya diceritakan. Ketika itulah baru saya tahu. Cerita jemaah ini, dia dihurung lalat sejak tiga hari lalu. Mula-mula sikit saja, tapi makin lama semakin banyak.
Lepas itu tak kira masa, siang atau malam, lalat sentiasa bertenggek di atas bahu atau kepalanya. Ke mana saja dia pergi lalat ini sentiasa mengekorinya. Tapi peliknya hanya dia sahaja yang alami perkara tersebut. Kata jemaah ini lagi, yang memelikkannya ialah lalat tersebut hanya menghųrungnya ketika dia berada di luar hotel atau di dalam bilk hotel saja. Bila dia masuk ke dalam masjid untuk bersembahyang seekor lalat pun tidak ada.
“Bila saya masuk masjid seekor lalat pun tak ikut. Tak ada yang hųrung saya,” adu jemaah wanita.
Disebabkan itu, pernah jemaah ini menghabiskan masanya sehari suntuk di dalam masjid saja. Sebabnya dia takųt bila keluar nanti lalat akan menghųrungnya. Bila berbual lama lagi, jemaah ini beritahu, dia sedar kemungkinan apa yang berlaku ini berpunca daripada duit yang digunakan untuk datang ke Mekah ini. Katanya dia bekerja sebagai Money Lander iaitu memberi pinjaman kepada orang ramai yang memerlukan.
Memang kerjanya halal, dalam diam sebenarnya dia menek4n orang yang betul-betul dalam kesusahan. “Kami mudah bagi pinjaman, tapi bayaran balik tinggi. Kita tekan orang yang dalam kesusahan. Kita ambil kesemp4tan.
Mungkin sebab pulangan yang kita ambil lebih daripada sepatutnya. Jadi perkara macam ini menimpa saya,” jemaah ini mengadu penuh penyesalan. Bila mendengar begitu, ustazah ini meminta jemaah tadi solat sunat dan solat taubat. Selepas melakukan apa yang disarankan, Alhamdulillah lalat yang menghųrung jemaah ini semakin berkurangan. Selepas dua hari tiada lagi lalat yang menghųrungnya.
KISAH KEDUA.
Ada lagi satu kisah yang menimpa jemaah lelaki berusia lingkungan 40 tahun. Ia berlaku pada tahun 2010. Jemaah ini datang satu keluarga. Sebelum masuk waktu Subuh, pagi itu kami membawa jemaah untuk melakukan tawaf. Sebelum bermula ada seorang mutawif bertanggungjawab memberi penerangan atau tunjuk ajar dahulu kepada 25 jemaah terbabit.
Bila selesai memberi penerangan, kami dan semua jemaah mula bertawaf. Ketika itu saya tengok keadaan sekitar Kaabah agak lengang. Tak ramai jemaah yang ada sebab masih awal pagi. Jadi mudah sikit saya dan mutawif hendak mengawasi semua jemaah.
Sedang berjalan untuk bertawaf mengelilingi Kaabah, mutawif tadi perasan keadaan seorang jemaah lelaki ini. Semua jemaah lain berjalan mengelilingi Kaabah tapi tidak bagi jemaah lelaki ini. Jemaah ini berjalan terus ke arah Kaabah hingga dia melanggar dinding Kaabah. Dia langgar begitu kųat.
Bila lihat keadaan begitu, mutawif tadi terpaksa berhentikan tawaf semua jemaah di bawahnya kendaliannya. Kemudian mutawif tadi terus mendapatkan jemaah ini. Adik jemaah tersebut yang turut serta juga pergi kepada abangnya. “Abang tak nampak ke? Macam mana boleh langgar?” soal adik jemaah.
“Nampak apa? Aku tak nampak apa pun,” jawab jemaah ini serius. “Saudara tak nampak Kaabah ni,” soal mutawif pula. Kemudian jemaah ini menggeleng kepala. Dia mengaku, memang dia tak nampak Kaabah. Kata jemaah itu lagi walaupun sudah melanggar dinding Kaabah, dia langsung tak nampak Kaabah yang begitu besar itu. Mendengarnya sahaja semua jemaah yang mendengar pengakuan jemaah tadi terkejut.
Bagaimana Kaabah yang begitu besar jemaah ini boleh tak nampak? Bila mendengar begitu, mutawif tadi memberi nasihat kepada jemaah tadi. Mutawif tersebut meminta jemaah ini bertaubat sebenar-benarnya. Kemungkinan apa yang berlaku disebabkan kesilapan dirinya sendiri.
Alhamdulillah, selepas solat taubat, perkara anɛh tersebut terhenti. Jemaah tersebut kembali nampak Kaabah. Tapi apa puncanya? Jemaah ini sendiri beritahu, apa yang berlaku ada kemungkinan dengan duit yang digunakan untuk datang ke Mekah. Duit tersebut mungkin tak berkat dan jemaah ini memberitahu dia bekerja sebagai brokɛr tanah.
Dia mengaku dalam pekerjaannya ini pelbagai teknik digunakan untuk mendapat tanah untuk dijual kepada pihak lain. Dia sanggup men1pu, mer4mpas hak orang atau buat perkara bukan-bukan. Mungkin akibat hasil wang yang tak berkat, jemaah ini gagal melihat Kaabah.
Berdasarkan dua kisah tadi saya nasihatkan sebelum ke Mekah, persiapkanlah diri dengan ilmu agama, ibadah secukupnya. Jika rasa ada membuat d0sa, bersihkanlah diri dahulu dengan bertaubat sebenar-benarnya.
Jika ada buat kesalahan dengan orang lain, jumpalah mereka dan minta maaf. Dengan cara ini kemungkinan anda semua akan dipermudahkan oleh Allah SWT untuk melakukan ibadah di rumah-Nya.
Sumber Hajah Latifah binti Abu Hassan.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com
Leave a Reply