Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Tak Sempat Nikah Sama-Sama, Wanita Pakai Baju Pengantin Ziarah Pusara Kembar
Hubungan adik beradik ini diibaratkan seperti bagai aur dengan tebing. Saling memerlukan, inikan pula kalau adik beradik itu adalah saudara kembar. Jika saudara kembar ini mesti lagi rapat kerana mereka ini bukan sahaja berkongsi wajah yang sama tetapi sesetengah kembar memiliki perasaan yang kuat antara satu sama lain.
Sukar untuk digambarkan perasaan apabila kembar yang membesar dengan kita sejak bertahun lamanya pergi meninggalkan kita dan tidak akam kembali lagi, mesti perasaan itu seperti kehilangan separuh dari diri kita.
Itulah yang boleh digambar oleh seorang gadis bernama Lisa Suhaimi yang kehilangan kembarnya dalam sebuah nah4s jalan raya tahun lepas. Meskipun kembarnya iaitu Nurlis Suhaimi tiada gantinya tetapi Allah s.w.t telah menghadirkan pasangan hidup yang memahami dan menyayanginya seperti arw4h kembarnya.
Kini Lisa telah mendapat seorang suami yang boleh mengurangkan rasa kehilangan kembarnya dan pasangan itu diijabkabulkan semalam. Setelah selesai majlis perkahwinannya, lisa telah pergi untuk melawat pusara arw4h kembarnya. Menurutnya mereka berdua berjanji untuk melangsungkan perkahwinan mereka bersama tetapi Allah s.w.t mempunyai perancangan yang lebih baik.
Apabila diterjah ke ruangan komen, ramai warganet yang mengucapkan takziah kepada Arw4h Nulis Suhaimi walaupun telah setahun 5 hari sejak permerg1annya.
Komen Netizen:
Sumber : https://www.tiktok.com/@lisasuhaimiii
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com
Leave a Reply