Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Anak kucing dibuang macam sampah, bila bersih bulus putih memang ekstra comel
Hanya mereka yang menyayangi kucing sahaja memahami perasaan bagaimana simpati mendengar anak-anak kucing yang dibuang umpama sampah merintih-rintih minta diselamatkan.
Begitulah perasaan dan kegigihan yang ditunjukkan seorang pencinta kucing dan pengasas Rumah Kucing Ifan, Ifan Karta Sasmita yang meluangkan masa dan usahanya untuk menyelamatkan kucing-kucing terbiar.
Menerusi laman Tiktok @rumahkucingifan, pemuda yang berasal dari Sumatera Selatan, Indonesia ini berkongsi kisah bagaimana dia menyelamatkan empat ekor anak kucing berwarna putih yang cantik dan ditinggalkan untuk menjaga nyawa diri mereka sendiri di tempat pembuangan sampah di tepi jalan.
Tidak diketahui bagaimana mereka boleh berada di situ dan bagaimana pula nasib ibu mereka ketika ditinggalkan seperti sampah.
Dalam video itu, pada mulanya Ifan mendengar rintihan anak kucing di tempat pembuangan sampah dan dia pantas bertindak mengambil kesemua anak kucing itu.
“Suara tangisan empat ekor anak kucing di tempat sampah. Ternyata mereka adalah kucing ras,” kapsyen video yang dirakam Ifan di TikTok @rumahkucingifan.
Dengan rasa menyentuh hati, para pengguna TikTok dapat melihat Ifan bersama rasa kasih sayang dan bersungguh-sungguh menyelamatkan anak-anak kucing comel itu dan membawa mereka pulang.
Kemudian kesemuanya dibersihkan, dimandikan dan dikeringkan.
Anak-anak kucing ini sudah tentu akan menerima sepenuh kasih sayang serta penjagaan yang sepatutnya daripada Ifan.
Pada penghujung video, anak-anak kucing itu kelihatan sihat dan ceria dengan rupa putih gebu mereka.
Dan yang pasti mereka semua terlalu comel untuk dibuang begitu sahaja pada mulanya.
Video TikTok yang mendapat perhatian dengan 3.4 juta tontonan itu, menerima pujian ramai sambil rata-rata mengucapkan terima kasih kepada Ifan @rumahkucingifan atas usaha murni yang telah dilakukannya untuk menyelamatkan haiwan terbiar.
Sambil ada juga yang mengecam tindakan pelaku yang membuang anak-anak kucing itu kerana terdapat individu menganggap anak kucing tidak lebih daripada sekadar sampah dan bukannya makhluk bernyawa seperti kita.
Apa-apa pun, syabas diucapkan kepada Ifan dengan rumah jagaan kucingnya. Semoga sentiasa diberkati dan murah rezeki atas kemuliaan hati anda.
Tonton video di bawah:
VIDEO KLIK DISINI
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Leave a Reply