Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Cara lelaki Melayu santuni, beri makan anjing terbiar berjaya hapuskan stigma sosial terhadap anjing
Pernahkah anda terfikir akan nasib haiwan terbiar? Tidak menerima kasih sayang, makanan yang mencukupi dan tempat berlindung, kasihannya mereka!
Tetapi dengan adanya insan-insan yang penyayang, maka sedikit sebanyak nasib mereka itu terbela. Itulah yang dilakukan oleh seorang lelaki berjiwa besar bernama Khairul ini.
Menurut sumber, Khairul sebenarnya sudah mula memberikan makanan buat kucing jalanan. Namun aktiviti itu lebih giat dilakukan selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan tahun lalu.
Dia yang memberi makan kucing sekitar Sungai Kelantan itu berasa terpanggil untuk membantu ekoran banyak kedai dan premis perniagaan yang ditutup.
“Kucing-kucing jalanan ini susah mahu cari makanan. Malah saya juga dapati banyak juga anjing-anjing jalanan yang kelaparan”, ujar lelaki berusia 44 tahun tersebut.
Tambahnya, anjing-anjing tersebut mencari makanan di tong sampah. “Saya kasihan melihat mereka jadi saya memutuskan untuk memberi makanan juga buat mereka”.
Khairul sebenarnya merupakan bekas guru dan kini hanya mengutip barangan yang boleh dikitar semula. Namun itu tidak menjadi alasan untuknya membiarkan sahaja haiwan jalanan.
Dia malah turut memberikan nama kepada kelompok anjing yang diberi makanan, iaitu ‘Geng Ah Ciak’, memandangkan Ah Ciak adalah anjing pertama yang dia beri makan.
“Mulanya saya hanya beri kucing dan Ah Ciak makan. Tetapi selepas itu, Ah Ciak pula membawa rakannya yang lain. Itu yang saya beri nama Geng Ah Ciak”.
Tidak lama kemudian, Khairul turut menemukan 9 ekor anak anjing berusia 2 bulan di kawasan sekitarnya. Mereka kemudian diberi nama Geng Belang.
Usaha murni itu tidak terhenti di situ. Khairul kemudian turut memberi makan kepada Geng ‘Baby’ dan Geng Istana. Mereka semua menganggap Khairul sebagai pemimpin mereka.
Pelbagai cabaran yang ditempuhi Khairul. Paling memberikan kesan adalah tatkala ada anjing liar yang ditangkap, dir4cun dan dibunvh oleh banyak pihak.
Baru-baru ini, Khairul berkongsi bahawa 16 ekor anjing dan 5 ekor anak anjing mati setelah memakan makanan yang dicemari r4cun.
Malahan, anjing kesayangannya yang bernama Abe Long turut dit3mbak m4ti oleh pihak berkuasa tempatan.
Kata lelaki itu, terdapat 9 hentian yang telah ditetapkannya untuk memberi makan kepada haiwan jalanan di sekitar Kelantan. Dalam sebulan, sebanyak RM300-RM400 dibelanjakan untuk usaha itu.
Usaha itu turut mendapat perhatian beberapa pengusaha kedai haiwan yang memberikan diskaun harga makanan kepada Khairul.
“Selain menerima sumbangan penduduk setempat, warga di Pulau Pinang dan Negeri Sembilan juga ada derma RM50 hingga RM100 untuk saya belikan makanan”.
Tambahnya, orang Melayu banyak menderma makanan kucing dan segelintir derma makanan anjing. Namun makanan anjing banyak didermakan oleh orang Cina.
Ketika ditanya mengenai stigma dalam mengendalikan anjing, jelas Khairul, umat Islam dibenar untuk memelihara anjing untuk tujuan memburu dan menjaga rumah, tanaman dan ternakan.
Atau anda juga boleh menyalurkan sokongan dengan membeli t-shirt yang dijualnya. Hasil pembelian akan disalurkan terus kepada bekalan makanan haiwan terbiar.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Leave a Reply