“Mak bapa dia kaya..pakai barang mahal..” Ramai pers0alkan kutipan tabung buat Nad, Ini penjelasan Rakan Nad

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

“Mak bapa dia kaya..pakai barang mahal..” Ramai pers0alkan kutipan tabung buat Nad, Ini penjelasan Rakan Nad

Di Instagram, pelakon, Ungku Ismail Aziz berkongsi perkembangan terkini mengenai Nad Zainal. Bukan itu sahaja, dia turut memberi penjelasan mengenai tabung kecemasan yang telah ditubuhkan untuk Nad sejak semalam.

Sebelum apa-apa, saya nak clear tentang isu merajuk dan sentap. Tak ada istilah benda itu semua. Saya minta korang berdoa, bukan bercakap soal cinta dan kerja. Saya selalu ingatkan korang semua untuk mohon doa buat Nad. Tak apa it’s okay. Ramai pula yang mempertikai macam-macam.

Menurut Ungku Ismail, Nad menunjukkan perkembangan setiap hari meskipun ada kalanya oksigen dan tekanan darahnya turun naik. Tambah Ungku Ismail, Nad sudah boleh menggerakkan tangan dan kepalanya sejak beberapa hari yang lalu. Oleh itu, Ungku berharap semua orang mendoakan agar paru-paru Nad kembali pulih dan berfungsi secara baik.

Dia masih dalam ICU. Apabila dia dalam ICU kita tak boleh nak bergembira sangat. Sekarang kami semua harap paru-paru dia sembuh dan tak perlu pakai mesin bantuan alat pernafasan. Doktor tengah buat analisis hari demi hari. Ibu bapa dia tak kuat walaupun nampak tenang. Saya mohon semua mendoakan Nad. Kita tak berada di tempat dia.

Di samping itu, Ungku turut berbicara mengenai tabung sumbangan yang ditubuhkan buat Nad. Menurut Ungku, tabung itu merupakan inisiatif kawan-kawan dan para peminat. Segala kutipan akan diberikan kepada keluarga Nad. Jelas Ungku, dia berharap netizen tidak mempersoalkan mengenai kekayaan dan harta yang dimiliki oleh Nad serta keluarganya sehingga tabung berkenaan perlu diwujudkan.

Tak kisah la mak bapa dia kaya, Nad kaya, ada insurans dan pakai barang branded ka. Sumbangan ni semua secara ikhlas dan tanda prihatin terhadap individu lain. Terpulang dekat semua. Mungkin mereka memerlukan pertolongan. Kalau apa-apa perkembangan lain, nanti saya akan maklumkan kelak.

Sumber : ohbulan

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*