Sanggup angkat simen berat , gadis ini rela kerja sebagai buruh binaan demi bantu ibu bapa

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Sanggup angkat simen berat , gadis ini rela kerja sebagai buruh binaan demi bantu ibu bapa

Tiada anak yang suka melihat orang tua mereka melakukan kerja-kerja berat tidak kira di rumah mahupun di luar. Melihat kepayahan ibu bapa memerah keringat untuk menyara keluarga dengan tulang empat kerat yang dimiliki ditambah dengan usia mereka yang sudah lanjut sememangnya sesuatu yang sangat menyakitkan buat anak. Namun, tidak semua bertuah untuk hidup senang tanpa bekerja keras, jadi mereka perlu mengharungi semua itu.

Apa yang boleh dilakukan oleh anak ialah dengan membantu meringkan segala beban yang ditanggung ibu bapa. Buatlah apa sahaja untuk membantu mereka walaupun mereka tidak meminta untuk dibantu, tetapi sebagai anak yang baik dan bertanggungjawab, membantu ibu bapa adalah sebuah kewajipan bagi mereka.

Seorang pelajar perempuan baru-baru ini menjadi tular di media sosial kerana sanggup bekerja sebagai kuli angkat simen bagi membantu ibu bapanya untuk mencari rezeki.

Seorang gadis bertudung dari Indonesia itu mula tular di internet kerana kesungguhannya bekerja sebagai buruh binaan sehingga sanggup memikul simen, lapor portal berita Wolipop kelmarin.

Menerusi video yang dimuat naik olehnya di TikTok, remaja yang dikenali sebagai Nur Halisa itu dilihat berada di sebuah bangunan dan sedang mengangkat simen turun dari sebuah lori.

Dia dilihat sedang memikul simen itu satu persatu untuk dimasukkan ke dalam bangunan tersebut. Jika dilihat pada gayanya, dia seolah-olah sangat kuat dan tidak kisah dengan kerja-kerjanya yang berta itu.

“Belajar menikmati apa yang ada, ia akan menjadikan hidup anda lebih berharga. Jangan lupa bersyukur dan membantu ibu bapa anda,” katanya.

Ketika dihubungi oleh Detik.com, remaja itu ada memberitahu yang dia bekerja dengan niat untuk membantu kedua ibu bapanya dan ingin berbakti kepada mereka.

“Saya kesian tengok ibu ayah saya bekerja, sebab itu saya nak tolong mereka berdua. Sementara masih ada masa, berbaktilah kepada ibu bapa, jangan lupa menjadi bersyukur kerana membantu ibu bapa kamu,” katanya.

“Jadi buruh angkat simen kerana kasihan melihat ibu bapa bekerja. Saya ingin membantu mereka dan bersusah senang bersama mereka,” tambahnya lagi.

Menurutnya lagi, dia mahu netizen yang melihat video itu sentiasa bersyukur dan tidak mengeluh.

“Semuanya perlukan proses, walaupun ia berat tetapi hasilnya juga tidak kurang hebatnya, InshaAllah jangan lupa bersyukur kerana membantu ibu bapa anda,” tulisnya di laman TikToknya.

VIDEO KLIK DISINI

Sehingga kini, video yang dimuat naik olehnya itu telah ditonton sebanyak 5.8 juta kali dan menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

Ada yang terharu dengan usaha gigihnya dan mendoakan agar dia menjadi insan yang berjaya pada masa hadapan.

“MashaAllah, sentiasa menjadi motivasi untuk bekerja dengan penuh rasa syukur dan ikhlas,” kata salah seorang netizen.

“Semoga dapat menjadi motivasi kepada saya untuk selalu bekerja dengan penuh rasa kesyukuran dan kesungguhan,” komen seorang lagi netizen yang menonton videonya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*