Ramai yang tidak tahu bahawa air rebusan rumput ini boleh menyembuhkan beberapa jenis penyakit kucing

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Ramai yang tidak tahu bahawa air rebusan rumput ini boleh menyembuhkan beberapa jenis penyakit kucing

Ramai yang akan membawa kucing mereka berjumpa doktor jika haiwan kesayangan mereka tidak sihat. Berapa pun sanggup dibelanjakan asalkan kucing mereka sihat dan aktif seperti biasa. Namun, ramai yang tidak tahu bahawa sebenarnya ada tumbuhan semula jadi yang boleh menyembuhkan beberapa jenis peny4kit kucing.

Tumbuhan yang dimaksudkan ialah sejenis rumput yang dipanggil ‘Rumput Pendul’. Rumput ini dikatakan boleh merawat kucing yang menhidapi peny4kit Parvo, selesema atau demam.

Apa yang perlu dilakukan ialah dengan memberikan air rebusan rumput ini kepada kucing yang sakit. Jika ada kucing anda yang tiada selera makan, boleh juga diberikan air rebusan rumput ini kepadanya.

Bagi yang mahu mencari rumput ini, anda boleh cuba mencarinya di kawasan lapang yang tanahnya agak lembap. Rumput jenis ini biasanya tumbuh meliar di kawasan seperti itu dan tidak akan tumbuh di celah pohon yang besar kerana rumput ini suka akan tempat terang dengan cahaya matahari.

Berikut adalah cara-cara untuk membuat air rebusan Rumput Pendul:

  • Cabut rumput ini bersama akarnya
  • Bersihkan tanah dari akar dan daun.
  • Patahkan daun, batang dan akar dan masukkan ke dalam bekas dan rebus dengan api yang sederhana hingga agak mendidih. Pastikan api tidak besar kerana khasiatnya akan hilang.
  • Bila kandungan air sudah jadi separuh, matikan api dan sejukkan pada suhu bilik.
  • Bila sudah sejuk, berikan sekitar 10ml hingga 20ml kepada kucing yang sakit pada waktu pagi dan malam.

Air rebusan lebihan boleh disimpan di dalam peti sejuk tetapi pastikan tidak lebih daripada dua minggu kerana khasiatnya akan hilang.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*