Keluarga bahagia 8 beranak rai hari jadi sederhana untuk si kecil yang sakit di ruang parkir hospital undang ramai terharu

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Keluarga bahagia 8 beranak rai hari jadi sederhana untuk si kecil yang sakit di ruang parkir hospital undang ramai terharu

Kehidupan itu kadangkala disulami dugaan lalu membuat kita rasa sedih, tetapi cara kita menangani kesedihan dengan menceriakan keadaan adalah penting.

Sikap terbaik yang ditunjukkan oleh pasangan suami isteri ini wajar dicontohi, apabila memastikan anak perempuan mereka tetap menyambut hari lahirnya dengan gembira walaupun si kecil dimasukkan ke hospital.

Baru-baru ini, video TikTok yang dimuat naik Bonda Umirah Taib dan menjadi tular dengan lebih 1.8 juta tontonan, memaparkan sepasang suami isteri mengadakan sambutan hari jadi untuk salah seorang daripada enam anak mereka, Deja.

 

Video berdurasi 3 minit 53 saat itu bermula apabila si ayah memberitahu keluarga mereka untuk berkumpul adik-beradik bagi meraikan hari lahir Deja yang sedang sakit dan dimasukkan ke hospital.

Bagaimanapun, oleh kerana kanak-kanak tidak dibenarkan masuk dan berada dalam wad hospital, mereka hanya mampu tunggu Deja di luar pekarangan hospital.

Bertekad untuk tidak membiarkan hari istimewa si kecil Deja menjadi sia-sia berlalu pergi, mereka sekeluarga memutuskan untuk mengadakan sambutan majlis hari jadi untuk Deja di ruang parkir hospital.

Si ayah dan adik-beradik Deja menggunakan kanvas plastik biru seperti yang biasa dibuat alas duduk sekeluarga ketika berkelah, dan ia telah diubah suai menjadi tempat parti, dengan menu penting kek hari jadi bertema Elsa Frozen dan minuman teh boba Tealive serta makanan ringan dihidangkan.

Si ayah kelihatan bertungkus lumus bersama adik-beradik yang lain bagi menyiapkan kejutan itu untuk Deja yang akan turun dari hospital sebentar lagi.

Sementara itu, si kecil Deja dalam perjalanan turun ke bawah yang ditemani bondanya dari wad hospital, dan diberitahu dia tidak akan dapat meraikan hari jadinya bersama adik-beradik lain, yang membuat dia berasa sedikit kecewa.

Deja tidak tahu itulah dia kejutan dalam sambutan hari jadinya bila adik-beradik senyap-senyap semuanya sudah datang ke hospital dan sedang menantinya.

Apabila Deja dan bondanya tiba di tapak sambutan hari jadi di tempat letak kereta itu, empat beradik menyambut dan memeluk Deja dengan jeritan kuat menyebut namanya.

Perasaan amat terharu apabila melihat kanak-kanak ini saling berpelukan melepas rindu.

Kemudian, apabila mereka sekeluarga duduk di atas alas kanvas dan Deja mula tunjuk riak muka gembira dengan kejutan hari jadi istimewanya, seluruh ahli keluarga bahagia itu tersenyum apabila si ayah mengucapkan selamat hari jadi dan mereka menyanyikan lagu hari jadi untuk Deja.

Dari situ, mereka berbual mesra sambil bergelak ketawa dan kemudian perlu mengucapkan selamat tinggal.

Kerana malam telah lewat dan kesemua adik-beradik kena pulang.

Adik-beradik Deja kena beredar dengan berat hati, tetapi malam itu mereka sangat seronok bersama sehinggakan hendak meninggalkan Deja dan bonda mereka menjadi sangat sukar.

Walaupun keluarga ini menyambut hari jadi Deja secara sederhana, perasaan seronok dan memori bahagia pada malam itu pasti akan berada kekal dalam ingatan mereka buat selama-lamanya.

Lebih-lebih lagi tempat letak kereta merupakan lokasi sambutan hari jadi tema berkelah ala Frozen yang jarang-jarang diadakan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*