Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Servis ‘cara kampung’. Lelaki ini kongsi kaedah cuci, bersihkan sendiri penghawa dingin
Penghawa dingin semestinya memerlukan penyelenggaraan berkala agar unit tersebut berfungsi secara berkesan dan cekap sepanjang tahun.
Pengabaian aspek penyelenggaran akan menurunkan prestasi penghawa dingin yang berterusan sekaligus meningkatkan penggunaan tenaga secara berterusan.
Oleh itu, kami akan kongsikan cara menyelenggara penghawa dingin DIY sendiri di rumah sepertimana yang dikongsikan oleh Khairul Azwan Abd Aziz ini.
Anda hanya perlukan :
- Pemutar skru
- Berus bersih (pembersih vakum lebih bagus)
- Pembersih penghawa dingin (Ada di kedai Mr DIY, digunakan jika gegelung penyejuk kotor)
- Kain
- Tangga
Berikut pula langkah-langkahnya :
1 Tutup semua suis. Buka penutup penapis dan juga gegelung penyejuk. Tarik perlahan-lahan ke atas untuk kedua-dua belah.
2 Setelah itu, buka pula selongsong (casing) penghawa dingin menggunakan pemutar skru.
3 Buka selongsong dengan cara tarik dari sebelah atas ke atas kemudian tarik ke arah anda. Yang penting, lakukan ia secara perlahan-lahan.
4 Kemudian buka kepak (flap) yang meniup angin. Buka di bahagian tengah dahulu dengan cara menolak kaki kepak ke belakang, keluar daripada pemegangnya.
5 Tarik kaki kepak sebelah kiri secara perlahan-lahan kerana ia mudah patah. Keluarkan ia daripada motor kepak sebelah kanan.
6 Cabut gegelung penyejuk jika sensor suhu bilik penghawa dingin ada berada di gegelung penyejuk. Ia bagi memudahkan anda untuk mencuci gegelung penyejuk nanti.
7 Kemudian, buka kepak angin. Untuk jenama Sharp, hanya perlu menolak sahaja setiap klip ke atas. Semuanya bergantung kepada jenama dan jenis.
8 Anda akan nampak ‘blower’. Ia perlu dicuci menggunakan berus ataupun pembersih vakum. Jika kotoran masih degil, semburkan menggunakan cecair pembersih penghawa dingin.
Biarkan seketika hingga kotoran degil semua hilang. Jangan lupa tadah dengan besen terlebih dahulu sebelum semburkan menggunakan air menggunakan botol tekanan.
Ingat, jangan sembur di papan penghawa dingin di sebelah kanan. Untuk lebih selamat, tutup papan itu dengan plastik terlebih dahulu sebelum sembur.
9 Inilah rupa gegelung penyejuk yang sudah bersih sebersihnya! Sebagai peringatan, elak mencuci sirip (fin) gegelung penyejuk dengan kasar, beruskan ia mengikut alur sirip.
10 Uji penghawa dingin yang telah dibersihkan dengan membuka suisnya. Biarkan angin keluar untuk mengetahui jika anginnya kuat atau tidak.
11 Basuh kesemua penutup plastik dan pasangkan ia semula mengikut urutan. Dimulakan dengan kepak di bahagian kiri dan kanan dahulu, diikuti dengan kepak berhayun (swing flap) di atas dan bawah.
Kemudian selongsong sebelum diskru. Akhir sekali, pasangkan semula penutup penapis itu dengan menekankan ia sehingga masuk.
Siap. Barulah angin penghawa dingin kuat dan terasa seperti baru membelinya!
Sumber: Khairul Azwan Abd Aziz/Facebook via erabaru
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Leave a Reply