Kucing bertuan buang najis merata-rata, terdapat denda sehingga RM1,000 menanti pemilik

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Kucing bertuan buang najis merata-rata, terdapat denda sehingga RM1,000 menanti pemilik

Situasi kediaman menjadi sasaran kucing yang bertuan dalam kejiranan untuk membuang najisnya merata-rata sudah menjadi perkara biasa yang dilalui oleh para penghuni yang tidak memelihara haiwan.

Selain kotor, bau kuat yang terhasil menyebabkan rasa kurang selesa di kalangan penghuni, tambahan penghuni itu adalah warga emas yang tidak larat untuk membersihkan kekotoran haiwan yang tidak dibela setiap hari.

Tidak dinafikan ada yang menyatakan rasa serba salah apabila teguran yang diberikan tidak diambil cakna oleh para pemilik dalam menguruskan najis haiwan peliharaan mereka.

Malah situasi kurang bertanggungjawab ini terus berulang menyebabkan kehidupan seharian dan keharmonian di kejiranan boleh terganggu.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dalam hantaran di laman sosial rasmi Facebook memaklumkan perbuatan itu dianggap sebagai ‘satu kacau ganggu.’

PPIM turut menjelaskan dengan terperinci undang-undang yang melibatkan kesalahan bagi pemilik kucing yang berbuat demikian.

“Seksyen 80, Akta 171 Akta Kerajaan Tempatan 1976, menyebut sekiranya pihak berkuasa tempatan mendapati terdapat gangguan di kawasan awam atau kawasan persendirian, maka mereka boleh menghapuskan, atau menghentikan kacau ganggu ini dengan menghantar notis, mengambil tindakan undang-undang serta ganti rugi.”

“Seksyen 81 akta sama pula menyebut apa-apa binatang yang disimpan di sesuatu tempat atau dengan sesuatu cara atau dengan sebegitu besar bilangannya sehingga menjadi satu kacau ganggu,” kata PPIM.

Ini bermakna, seseorang yang merasakan haknya telah diganggu boleh melaporkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan sekiranya merasakan haiwan yang dipelihara jiran yang berkenaan telah mendatangkan kacau ganggu awam atau persendirian.

Hukuman denda yang dikenakan boleh mencecah sehingga RM1,000.

Berikutan itu, beberapa warganet memberikan komen mereka dengan menyambut baik perkongsian berkenaan.

“Alhamdulillah, terjawab akhirnya.”

“Nak bela boleh tapi jangan menyusahkan jiran-jiran.”

“Berak depan rumah, kencing dekat kasut kita. Sabar sahaja lah, pandai bela pandailah jaga. Sampai panjat atas kereta kencing atas tu.”

“Pelihara kucing ni kalau tidak kena cara memang busuk kawasan sekitar. Lebih-lebih lagi jika rumah di kawasan perumahan. Kalau rumah kampung lainlah situasinya.”

Sama ada kawasan perumahan bandar atau kawasan kampung, peraturan terpakai adalah sama sahaja, iaitu setiap pemilik perlu bertanggungjawab dengan haiwan peliharaan mereka. Jangan biarkan haiwan peliharaan berkeliaran membuang najis merata-rata, sehingga menyusahkan orang lain.

Jika anda tidak sanggup membela, maka janganlah membela! Kata sayang dan comel sahaja tidaklah mencukupi jika busuknya diberikan kepada orang lain yang tidak berkenaan untuk diuruskan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*