Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Anjing terselamat daripada disembelih, mujur ada ‘hero’ sanggup ganti nyawanya dengan wang
Haiwan terbiar seperti kucing dan anjing lazimnya dilihat berkeliaran dan tidur di kawasan yang terbuka, memandangkan mereka tidak bertuan.
Mereka juga mungkin kelihatan berkeliaran di dalam kawanan ataupun bersendirian mencari makanan serta tempat untuk berlindung.
Hanya dengan belas kasihan dan empati daripada manusia sahajalah, maka mereka dapat meneruskan kehidupan.
Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan seorang lelaki, Jonny Preston berusaha memujuk pekerja di rumah penyembelihan haiwan.
Lokasi rumah penyembelihan binatang itu difahamkan terletak di Bolgatanga, Ghana, di mana Jonny berusaha untuk menggantikan nyawa anjing itu dengan duitnya.
“Saya akan bayar sejumlah wang kepada kamu, sebagai ganti untuk saya mengambil anjing ini. Saya akan mengambilnya”, kata Jonny.
Pada ketika itu, anjing berkenaan dilihat terbaring ketakutan di atas lantai, mungkin mengetahui nasib yang bakal menimpanya jika Jonny tiada.
Mujurlah pekerja rumah penyembelihan itu bersetuju untuk menukarkan anjing itu dengan wang yang dibayar oleh Jonny.
Difahamkan bahawa pada mulanya anjing itu akan disembelih lantaran tidak bertuan. Dengan adanya Jonny, maka anjing itu terselamat daripada dibunvh.
Setelah menyerahkan wang kepada pekerja, Jonny kemudian mengusap anjing baka ‘pooch’ tersebut lalu membuka rantai besi yang diikat pada anjing itu.
Difahamkan bahawa anjing berwarna coklat tersebut sememangnya akan menggigit jika didekati namun pabila Jonny mengangkatnya, anjing tersebut diam dan menuruti sahaja.
Sepertinya anjing itu mengetahui bahawa penyelamat hidupnya telah tiba dan dalam masa beberapa saat sahaja, nasibnya berubah.
Sayu melihat matanya, seakan telah menzahirkan rasa terima kasih kepada Jonny..
Difahamkan bahawa Jonny turut mengeluarkan wang untuk membina tempat perlindungan anjing yang telah diselamatkannya sebelum ini.
Terima kasih Jonny kerana sanggup berhabis wang semata-mata untuk terus memperjuangkan nasib dan nyawa haiwan terbiar.
Seeloknya, isu peningkatan jumlah haiwan terbiar ini ditangani menggunakan pendekatan kawalan kelahiran iaitu ‘Trap-Neuter-Release’ (Perangkap-Kasi-Lepas).
Ini kerana semua haiwan yang terbiar di dalam komuniti setempat akan disteril dan dikasikan, lalu kemudian dilepaskan kembali ke kawasan mereka.
Hasilnya, pembiakan anjing mahupun kucing akan berkurangan dan terhenti. Secara tidak langsung, ia akan mengurangkan populasi mereka.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Leave a Reply