7 Cara membelai kucing yang akan membuatkan kucing makin sayang kepada anda

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

7 Cara membelai kucing yang akan membuatkan kucing makin sayang kepada anda

Memiliki haiwan peliharaan adalah sesuatu yang lumrah. Buat mereka pencinta haiwan khususnya, memelihara haiwan di rumah seolah-olah satu kewajipan bagi mereka. Jangan kata hanya sejenis haiwan, ada yang memelihara dua hingga tiga spesies haiwan sekaligus di rumah. Walaupun banyak usaha, tenaga dan bajet yang diperlukan tetapi bagi mereka semua itu bukan masalah asalkan haiwan kesayangn mereka mendapatkan yang terbaik.

Antara haiwan yang paling digemari ramai semestinya kucing. Disebabkan sifat semula jadi mereka yang manja dan kadangkala ‘mengada’ itu ditambah lagi dengan kecomelan tahap maksima yang dimiliki membuatkan semua orang boleh jatuh hati melihat mereka. Walaupun banyak kucing yang ramah dan manja ada juga yang agak sombong dan suka membuat hal sendiri. Namun, sebenarnya ada cara untuk buatkan kucing anda jatuh sayang kepada anda.

Berikut adalah tujuh cara bermain dan menyentuh kucing yang boleh anda lakukan kepada kucing anda. Selepas ini pasti mereka akan lebih sayangkan anda!

1. Menggaru dagu

Banyak kucing yang suka dagunya dibelai dan disentuh. Ini kerana kucing biasanya tidak boleh menyentuh dagu mereka, jadi jika anda boleh menyentuh dagu kucing dan menggarunya atau membelainya, ia akan memberikan keselesaan kepada kucing. Mereka akan mengeliat dan berasa sangat gembira.

2. Mengusap kepala

Kepala kucing biasanya sukar dicapai mereka, dan terdapat banyak saraf yang ada di kepala kucing. Jika pemilik haiwan peliharaan sering menyentuh kepala kucing mereka dengan lebih kerap, ia boleh melancarkan peredaran darah kucing dan membantu kucing untuk berehat. Kucing pasti tidak menolak jika tuan mereka mahu mengusap kepala mereka kerana ia adalah sesuatu yang menyeronokkan buat mereka.

3. Mengusap belakang

Apabila anda membelai belakang kucing anda, mereka akan berasa sangat puas dan akan berasa dalam keadaan selamat. Pemilik haiwan boleh membelai belakang kucing, membelai bulu mereka dan bermain dengan menggeletek mereka. Tindakan ini akan membuatkan kucing berasa selesa dan gembira.

Namun begitu, anda perlu berhati-hati untuk tidak membelai kucing itu terlalu lama. Apabila kucing anda mula menggigit anda atau mengibaskan ekornya dengan kerap, kucing cuba memberitahu anda bahawa dia telah menikmati sentuhan kasih sayang itu, dan sudah tiba masnaya untuk anda melepaskannya.

4. Menggosok telinga

Telinga kucing kecil dan agak sensitif, jadi jangan menyentuhnya dengan kuat, anda boleh mengurutnya dengan lembut dan sentuhan lembut itu boleh melegakan keletihan, tekanan dan kebimbangan yang dirasai oleh kucing anda.

5. Bermain dengan cakar kucing

Cakar kucing adalah salah satu bahagiannya yang paling sensitif. Jika kucing anda suka membelai anda dengan cakar mereka ini bermakna kucing itu mempercayai anda. Anda pula perlu berhati-hati supaya kulit anda tidak tercalar ketika bermain.

Apa yang boleh dilakukan ialah dengan memegang kaki kucing dengan lembut dan gerakkannya secara perlahan-lahan dalam bentuk bulatan. Kucing anda pasti akan senang dengannya.

6. Menyentuh perut

Perut adalah bahagian sensitif kucing. Secara umumnya, selepas kucing mula mempercayai anda, mereka akan mengambil inisiatif untuk mendedahkan perut untuk mereka untuk disentuh. Anda boleh mengusap perut kucing secara perlahan. Belaian ini boleh merangsang perut secara berkesan dan menghilangkan senak, tetapi berhati-hati untuk tidak menyentuhnya terlalu lama, jika tidak kucing akan berasa tidak puas selesa.

7. Menggunakan alat permainan

Kini banyak alat mainan kucing yang boleh didapati di kedai-kedai dan pasar raya. Antara alat permainan yang boleh dibeli ialah bola, litar yang menyeronokkan serta rod yang disertakan dengan objek comel di hujungnya. Alat permaian ini membuatkan kucing anda akan menjadi lebih banyak bergerak dan cergas.

Selain itu, anda juga boleh mendapatkan alat urut untuk mengurut kucing anda serta sikat. Sikat boleh menghilangkan bulu yang gugur, dan kucing akan berasa sangat selesa.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*