Pernah PopuIar Suatu Ketika Dulu, Ini Kisah Hidup Penyanyi Ben Nathan Jadi GeIandangan Selama 24 Tahun

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Pernah PopuIar Suatu Ketika Dulu, Ini Kisah Hidup Penyanyi Ben Nathan Jadi GeIandangan Selama 24 Tahun

Sekitar 4 tahun lalu, kisah penyanyi era 1980-an, Ben Nathan telah mencuri perhatian masyarakat apabila tular dia hidup sebagai gelandangan selama 24 tahun.

Kisah mengenai penyanyi yang popular dengan lagu ‘Stanza Sepi Sekeping Hati’ itu telah menggegarkan dunia hiburan kerana tidak menyangka dengan nasib menimpa beliau.

Ketika itu Ben kerap dilihat di sekitar Jalan Travers, Pasar Seni dan Brickfields sebelum dibawa ke Hspital Kuala Lumpur (HKL) bagi pemeriksaan lanjut atas usaha presiden Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air (YKAT), Datuk DJ Dave.

Sejak tiga tahun lalu, Ben yang popular menerusi lagu Stanza Sepi Sekeping Hati telah ditempatkan di rumah kebajikan di Petaling Jaya.

Menurut Presiden YKAT, Datuk DJ Dave ketika ditemubual (artikel bertarikh 10 Julai 2020), Ben kini dalam keadaan okay dan masih dalam proses pemulihan.

” Ben masih dalam pemulihan. Dia masih dalam rumah kebajikan di Petaling Jaya. Dia sudah dua tahun dalam rumah itu. Keadaannya okay, okay lah.

” Cuma sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) saya tak pergi melawat.

” Malah empat ke lima bulan kebelakangan ini dia masih okay. Cuma diam perlahan dari segi berfikir dan menjadi orang yang sangat ‘simple’ dan bukan macam dulu lagi.

” Di sana dia sangat terjaga. Tak boleh keluar ke mana-mana. Sekarang saya sedang berbincang dengan keluarganya bolehkah mereka menjaga dia.

” Perkara ini saya sudah cakap pada keluarga dan adik lelaki dia dan kita bincang,” katanya.

Dave yang ditemui pada sesi kunjungan mesra ke rumah beberapa artis yang mendapat bantuan Program Perumahan Rakyat (PPR) di PPR Sri Aman, Kuala Lumpur hari ini berkata, pihaknya juga sedang dalam perancangan untuk melancarkan single terbaharu Ben.

” Kami nak lancarkan single dia dan sedang buat persiapan sekarang. Lagu dari Jakarta yang mana hasil ciptaan rakan kepada Tan Sri Jojo.

” Lagu berentak balada ini sudah siap dirakam. Kami masih cari tarikh sesuai untuk lancar. Mungkin selepas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) berakhir,” katanya.

Dave berkata, sepanjang tempoh dua tahun lalu, Ben kerap dibawa ke pejabat YKAT bagi menjalani latihan nyanyian.

” Dua tahun itu, dia datang pejabat dan saya ajar dia menyanyi untuk lagu baru. Dia okay. Insya Allah kita akan keluarkan lagu dia.

” Saya juga tidak sabar untuk serahkan kunci rumah di PPR Sri Aman ini yang sudah diperoleh sejak dua tahun lalu,” katanya.

Agama sebenar Ben

Dalam pada itu, rata-rata netizen ada bertanyakan tentang status agama Ben Nathan yang dikatakan sudah memeluk lslam tetapi hal itu belum disahkan sendiri oleh tuan empunya badan.

Menerusi temu bual bersama program Selamat Pagi Malaysia yang bersiaran di TV1 , Ben Nathan telah dijemput ke studio untuk memberi pengakuan secara eksklusif tentang statusnya.

Apa yang difahamkan, Ben Nathan sendiri telah mengaku bahawa beliau sememangnya sudah memeluk lslam dan menggunakan nama Ben Adam sebagai nama lslamnya.

Selepas Ben dibawa ke Wad Psik1atri, Hopital Kuala Lumpur gara-gara mengalami sedikit kekeliruan tentang dunia yang sebenar, kini Ben kembali dengan perkembangan yang sangat positif yang ditunjukkan olehnya.

Bukan itu sahaja, apa yang membuatkan hati kami tersentuh apabila beliau telah menyatakan hasratnya untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah untuk menunaikan ibadat Umrah apabila keadaannya kembali pulih berbanding sekarang.

Ben bersih d4.dah, keluarga sayang dan sudah cuba bantu

Terdahulu laporan pakar perubatan telah mengesahkan bahawa Ben tidak terbabit dengan sebarang pengambilan d4.dah.

Adiknya, P Vasanthi, 43, berkata keluarganya lega dengan perkembangan itu, sekali gus melenyapkan rasa sangsi segelintir pihak yang membuat tuduhan tanpa mengetahui situasi sebenar.

” Sudah lama gangguan emosi berlaku terhadap Ben, malah dulu kami kerap membawanya berubat hingga ke Thailand. Sama ada perubatan tradisional, mahu pun merujukkan dirinya ke HKL, semuanya kami sudah usahakan suatu masa lalu.

” Jadi apabila segelintir pihak membuat andaian melulu tanpa memikirkan perasaan keluarga, sudah tentu kami sedih. Terbukti abang saya tidak terbabit dengan gejala d4.dah.

” Apa pun kami tidak salahkan mereka yang berfikiran sebegitu. Mereka tidak tahu situasi sebenar, apatah lagi masalah tekanan yang dihadapi Ben sudah bertahun-tahun membelenggu dirinya,” katanya kepada BH Online (petikan bertarikh 5 Februari 2017)

Vasanthi menafikan sekeras-kerasnya bahawa mereka (keluarga) telah mengabaikan Ben Nathan.

” Sudah banyak kali kami berusaha memujukkan pulang ke rumah, namun beliau tidak mahu pulang dan meneruskan cara hidup begitu (gelandang). Ada lah juga kadang-kadang dia pulang ke rumah.

” Tapi dia jadi tidak selesa dan rimas. Sekejap saja dia pulang ke rumah, selepas itu dia keluar ke jalanan kembali kerana sudah terbiasa gelandangan.

” Ben Nathan juga dikatakan memang suka hidup secara nomad (berpindah randah).” kata Vasanthi lagi (petikan artikel Iluminasi bertarikh 3 Februari 2017).

Sementara itu, sehingga artikel bertarikh 10 Julai 2020, tidak dapat dipastikan bagaimana dan di mana keberadaan Ben sekarang ini.

Sama ada kembali tinggal bersama keluarga atau di rumah kebajikan, peminat berharap Ben dalam keadaan baik-baik sahaja dan berharap beliau tidak kembali hidup gelandangan.

Semoga Ben kembali aktif bergelar penyanyi kerana pastinya ramai yang rindu dengan kemerduan suara beliau.

Sumber:bharian, iluminasi, suria.my

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*