[Video] S4kit-s4kit pun nak selesaikan ‘order’ dulu… Rider terlibat kemal4ngan dipuji amanah, siap panggil adik tolong sambung kerja

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

[Video] S4kit-s4kit pun nak selesaikan ‘order’ dulu… Rider terlibat kemal4ngan dipuji amanah, siap panggil adik tolong sambung kerja

RASA tanggungjawab dalam tugasan yang digalas adalah sesuatu yang sangat dituntut.

Mereka yang ikhlas dalam pekerjaan akan memberikan yang terbaik dalam apa jua perkara dan bukan sekadar melepaskan batuk di tangga.

Menerusi TikTok, dapat dilihat rakaman seorang penghantar makanan sedang bercakap dengan individu berkemeja-T hitam seperti mengarahkan sesuatu.

Penghantar makanan itu kemudiannya menyerahkan telefon pintar dan sebuah plastik merah kelihatan seperti bungkusan makanan kepada lelaki tersebut.

Semakan mStar di ruangan komen mendapati penghantar makanan Grab itu terbabit dalam kemal4ngan yang menyebabkan dia tidak dapat meneruskan tugasnya.

Pada video yang sama dapat dilihat sebuah motosikal di hadapannya dipercayai milik penghantar makanan tersebut yang mengalami sedikit kerosakan.

Melalui riak muka lelaki itu, dapat dilihat dia seperti sedang menahan kes4kitan.

Difahamkan pemilik video berkenaan merupakan adik kepada penghantar makanan itu.

“Get well soon brother,” tulisnya di ruangan kapsyen video berkenaan.

Menjelaskan lanjut tentang situasi yang berlaku, satu lagi video dikongsikan di TikTok.

Rupa-rupanya lelaki berbaju hitam tadi adalah ahli keluarga mereka juga dan dipanggil oleh abang mereka untuk membantu selepas dia terlibat kemal4ngan.

Si adik kepada penghantar makanan itu diminta menyelesaikan tugasannya untuk menghantar makanan kepada pelanggan.

Penghantar makanan Grab ini mementingkan pelanggan berbanding dirinya.

“Ceritanya macam ini, dia baru bangun tidur dapat call (maklumkan) abang acc1dent,” jelas wanita itu.

Menyusuri ruangan komen, rata-rata warga maya memuji kesungguhan yang ditunjukkan penghantar makanan terbabit dalam menyempurnakan amanahnya.

Adik kepada penghantar makanan Grab itu yang dipanggil untuk membantu.

“Dia tak fikir diri dia, tetapi masih fikirkan orang lain. Amanah bagi diri dia, Semoga dipermudahkan segala urusan dia.

“Macam husband saya, acc1dent kena langgar belakang, phone pecah kena g1lis. Balik rumah pinjam phone saya sebab ada order.

“Mungkin baru lepas acc1dent lepas tu call adik dia minta tolong hantarkan makanan customer kot. Semoga dipermudahkan segala urusan bro,” kata sebahagian warga maya.

Antara komen warga maya.

Ada juga seorang netizen yang memaklumkan pesanan pelanggan itu boleh dibatalkan jika abang wanita itu menghubungi talian khidmat pelanggan Grab.

“Kalau jadi macam ni call customer service. Dia akan cancelkan order,” katanya.

“Tapi dia tak nak,” balas pemilik video itu di ruangan komen.

Sumber : https://www.mstar.com.my/l

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*