Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Hampir Setiap Hari Makan Telur Goreng Dan Sardin, Lama tk nampak dalam kaca tv. Ini kehidupan Salih Yaacob
Dalam arena seni tanah air kita, pastinya nama Salih Yaacob tidak asing lagi dalam kebanyakan orang. Dia merupakan penyampai radio Sinar yang terkenal. Bukan sahaja itu, dia juga telah dan pernah melebarkan sayap menjadi pelawak, pelakon, penyanyi, dan juga pengacara hebat lagi-lagi pada zaman 80 hingga 90-an.
Bakat melawak sudah ada dalam dirinya sejak kecil. Perkhabaran dirinya terutama dalam media massa terasa malap dan sepi sejak kebelakangan ini. Umum mengetahui sekitar 2000, Salih diuji sakit membuatkan dirinya hilang dari radar seni buat seketika.
Hampir Setiap Hari Makan Telur Goreng Dan Sardin, Salih Yaacob Kongsi Kisah Sedih.
Terbaharu, perkongsian dirinya bersama Utusan membuka jalan cerita pahit manis dalam kehidupan sebagai anak seni di tanah air, Malaysia. Sebelum menempa nama sebagai Salih Yaacob, penghibur ini pernah melakukan bermacam-macam jenis kerja.
Datang ke Kuala Lumpur untuk bekerja dan bermula sebagai pekerja kilang dengan bayaran RM5 sehari merupakan salah satu pengalaman yang dikongsi. Dalam menempuhi kehidupan ketika itu, hampir setiap hari dia hanya makan telur goreng dan sardin.
Dari kerja kilang, sehinggalah kerani perkapalan, semua ditempuhnya demi kelangsungan hidup pada ketika itu. Pada tahun 1980, Salih cuba memasuki bidang seni dengan menyertai Pentarama di bawah Jabatan Penerangan Malaysia selama 3 tahun.
Satu pertanyaan sering dilayangkan, tidakkah Salih Yaacob mahu kembali aktif dalam industri seni. Tidak menidak atau mengiyakan, dia menjawab soalan itu dengan alasan tersendiri.
“Keadaan industri tidak berubah. Macam itu juga. Kami orang lama macam tak berharga. Yang terlalu diangkat orang baru.
“Industri kita ini cukup berbeza dengan negara luar. Yanng lama semakin ditolak tepi. Saya kasih dan rindu pada orang lama. Mereka yang menghidupkan jiwa saya semasa kanak-kanak.
“Kami artis lama pendapatan berapa sahaja. Makin dibayar rendah dan semakin dipandang tidak bernilai. Yang kaya pihak produksi, saya kecewa,” katanya lagi.
Tegas Salih Yaacob lagi, dia tidak menolak untuk kembali ke dunia seni. Namu katanya biarlah bayaran diiterima setimpal dan berbaloi dengan pengalaman.
“Saya memang nak kembali. tetapi, biarlah bebaloi. Saya ada tanggungan, makan minum keluarga, sekolah anak. Itu amal jariah saya, Kalau saya dibantu, maka yang membantu itu menolong amal jariah saya,”jelasnya lagi.
“Bayaran Industri Biarlah Setimpal, Saya Ada Tanggungan Hendak Ditanggung..”
Nampaknya dengan perkongsian ini, kita semua sedia maklum untuk menggapai kejayaan di puncak, bukanlah suatu hal yang mudah. Berbekalkan tenaga hanya memakan telur goreng dan sardin sahaja suatu ketika dahulu untuk teruskan hidup, bukanlah hal yang mudah.
Dan, semoga juga pihak seni industri tanah air membela artis veteran seperti Salih Yaacob dan artis veteran lain yang dahulunya menghiburkan kita dengan bakat yang dicurahkan masing-masing. Semoga ada sinar yang cerah di hadapan.
Sumber :malay-mail.com.my
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Leave a Reply