Walaupun 7 Kali Keguguran Tapi Ibu Tak Serik Hamil, Akhirnya Timang Bayi Ke-8

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Walaupun 7 Kali Keguguran Tapi Ibu Tak Serik Hamil, Akhirnya Timang Bayi Ke-8

Melihat pasangan lain sudah menimang cahaya mata selepas berkahwin, sedikit sebanyak menyentak hati mana-mana wanita yang masih belum dikurniakan zuriat atau diuji keguguran. Apalagi melihat anak sihat membesar depan mata jadi impian setiap yang bergelar suami isteri.

Kakak insan yang hebat…7 kali mengandung & lahirkan, tapi semuanya jadi anak syurga

Baru-baru ini, pengguna TikTok @da_shu123 memuji tahap kecekalan yang dipamerkan oleh kakaknya. Difahamkan, wanita bernama Azimah ini telah mengandung serta melahirkan sebanyak 7 kali. Namun sayangnya, kesemua mereka hanya dipinjamkan sementara di dunia dan menjadi ‘anak syurga’.

Tak pernah mengalah…walaupun terpaksa ditidurkan, selamat bersalin bayi ke-8

Di sebalik ditimpa bertubi-tubi ujian hidup, tetapi Azimah tidak pernah sesekali mengalah untuk berusaha dapatkan zuriat. Walaupun terpaksa ditidurkan, baru-baru ini seorang bayi perempuan merangkap anak ke-8 selamat dilahirkan berkat sabarnya dan juga suami. Justeru, adiknya tumpang rasa syukur dan berharap si cilik itu boleh jadi pelengkap rumah tangga mereka.

VIDEO KLIK DISINI

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen juga tersentuh melihat pengorbanan Azimah yang tak pernah serik untuk hadirkan zuriat. Selain ketabahannya, mereka turut ‘cemburu’ memandangkan ada 7 anak yang sudah menanti pasangan tersebut di pintu syurga.

Komen Netizen:

7 org anak2mu menunggu di pintu syurga..berlari2 di taman firdausi..

Gugur sorang pun asyik sedih & teringat, inikan pula 7…semoga yang ke-8 kuat seperti ibunya

Kredit : TikTok da_shu123 / Kisahdunia

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*