(video) “Suruh tulis taknak…nak ingat, ingat Mamak ke?…” Aksi Pelajar Belajar ‘Parking’ Buat Ramai Terhibur

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

(video) “Suruh tulis taknak…nak ingat, ingat Mamak ke?…” Aksi Pelajar Belajar ‘Parking’ Buat Ramai Terhibur

Kelas memandu mungkin menjadi perkara yang menggerunkan buat sesetengah orang sebab ada yang menganggap ia sangat sukar dan berisiko. Tambahan pula kalau dapat guru memandu yang tegas sudah tentu lagi menambahkan ketakutan kita.

Tapi biasalah orang kata dah nama pun kelas memandu, mesti ada saja kesalahan yang pernah kita buat tidak kira sama ada kecil mahupun besar. Daripada salah semasa ujian bersama pihak JPJ, baik kita buat salah dalam litar. Betul tak?

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial berkenaan situasi yang berlaku antara guru dan pelajar di sesebuah kelas memandu yang mungkin buat korang terhibur!

Pelajar ‘parking’ atas pembahagi jalan, siap angkat tangan lagi!

Sebuah video yang berdurasi 2 minit itu telah dikongsikan di laman TikTok, memaparkan situasi yang berlaku di sebuah kelas memandu dengan kedengaran bebelan seorang guru memandu yang melihat ragam pelajarnya memarkir sampai masuk ke pembahagi jalan.

Apa yang mencuit hati, pelajarnya tersebut siap angkat tangan lagi seperti dia merasakan bahawa cara parking sudah betul dengan apa yang diajar oleh gurunya.

“Apabila belajar main hentam bila marah cakap cikgu jahat.. ye ler jahat ler abg ni.”

Menerusi video itu, guru tersebut juga dilihat membebel dan menyelit nasihat terhadap pelajarnya supaya sentiasa mencatat apa yang diterangkan agar tidak berlaku kesilapan yang sama.

VIDEO KLIK DISINI

“Suruh tulis taknak…nak ingat, ingat Mamak ke?…”

Netizen terhibur, ada yang turut kongsi pengalaman semasa kelas memandu

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian tersebut dan ada juga yang berkongsi pengalaman mereka semasa belajar di kelas memandu. Video tersebut meraih 1 juta tontonan dengan 82,000 sukaan di media sosial.

sumber: lobakmerah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*