Bino melaram pakai emas pelaburan masa depan tuannya… ramai bimbang pemilik tak sempat tua rantai dah kena r4gut, kucing tercek1k

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Bino melaram pakai emas pelaburan masa depan tuannya… ramai bimbang pemilik tak sempat tua rantai dah kena r4gut, kucing tercek1k

“UNTUNG jadi kucing, dapat rantai emas.”

Demikian luahan rata-rata warganet selepas video seekor anak kucing berwarna putih dipakaikan rantai emas oleh tuannya, tular di media sosial.

Pemberian barangan mewah sebagai hadiah kepada haiwan kesayangan mula menjadi ikutan pencinta haiwan selepas seorang wanita menghadiahkan rantai berjenama Louis Vuitton (LV) kepada kucingnya sempena ulang tahun kelahiran ketiga 11 Ogos lalu.

Bukan itu sahaja, kucing milik ahli perniagaan Haliza Maysuri juga pernah tular kerana dikalungkan rantai emas bernilai RM25,980 sebagai hadiah hari lahir.

Malah mereka menyifatkan pemberian barang mahal dan layanan bertaraf VVIP itu tidak seberapa, jika dibandingkan dengan tuah serta rezeki yang dibawa si bulus.

Menerusi video perkongsian yang dimuat naik, pemilik akaun TikTok @kucinggomey berkata rantai emas berkenaan dihadiahkan kepada kucing yang bernama Bino.

Bagaimanapun kapsyen pada videonya memaklumkan ia merupakan simpanan hari tuanya seperti yang disarankan orang ramai pada masa ini.

Bino mendapat layanan istimewa dari tuannya.

“Ramai yang cakap kita kena beli emas simpan. Tapi saya tak tahu nak beli untuk siapa.

“Saya hanya ada kucing kesayangan, bolehkah saya pakaikan dia rantai emas.

“Ini hadiah untuk awak Bino… jaga elok-elok simpanan masa tua saya ni,” katanya ringkas.

Disebabkan hadiah yang diberikan adalah unik dan jarang dilakukan pencinta haiwan yang lain, videonya menjadi tular sehingga ditonton lebih 205,000 pelayar TikTok.

VIDEO KLIK DISINI

Malah ada yang menyifatkan kucing pada masa ini semakin ‘upgrade‘ berbanding kehidupan manusia.

“Kucing pun dah upgrade, you all cepat-cepat upgrade tau. Comel,” ujar seorang netizen di ruangan komen.

Namun, rata-rata warganet meluahkan kebimbangan jika kucing tersebut akan tercek1k dan mati kerana tidak selesa dengan rantai emas yang dipakaikan.

“Jangan kak, saya pernah juga letak kat kucing… bangun pagi saya tengok dia dah mengelupur. Rupanya tersekat dekat mulut dia.

“Hati-hati, ni tak ada safety lock. Takut tersangkut apa-apa boleh tercek1k.

Antara reaksi warganet selepas menonton video Bino dipakaikan rantai emas.

“Tercek1k kucing tu,” ujar beberapa netizen.

Dalam pada itu, tidak kurang juga yang menyatakan kucing bakal menjadi m4ngsa r4gut.

“Jangan kak, kucing saya pasang kolar pun dia garu-garu habis tercabut. Kalau orang jumpa ni auto emas pun lesap.

“Kalau kucing keluar ni… habis la.

“Kalau tiba-tiba kucing tu lari macam mana?

“Risau kucing pula kena r4gut sekarang ni,” luah sekumpulan netizen lagi.

Komen Netizen:

Sumber : https://www.mstar.com.my/

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*