Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Nakalnya! Muka anak kucing ini bertukar merah selepas seronok dapat main, gigit gincu tuannya
Kenakalan haiwan peliharaan sememangnya tiada tandingan, lebih-lebih lagi buat anak kucing.
Ini kerana mereka cenderung untuk mengetahui sesuatu, sesuai dengan perkembangannya.
Pada fasa usia mereka inilah rata-rata di antara kita akan kerap menghabiskan masa melayani mereka dan tentunya, barangan peribadi kita sering menjadi ‘mainan’ mereka bukan?
Jadi adalah normal untuk kita menjaga barangan peribadi dan melindunginya daripada terus menjadi ‘mangsa’ kucing kita. Jika tidak, jadilah seperti individu ini.
Individu ini difahamkan ada membela seekor anak kucing yang aktif dan nakal, yang mana ia kerap mencakar dan menggigit barangan bersaiz kecil.
Pada suatu hari, pemiliknya sedang tergesa-gesa untuk keluar dan dia telah terlupa untuk menyimpan kembali gincu di tempatnya.
Teringin pakai gincu juga ya?
Sepulangnya ke rumah pada malam hari, individu itu mendapati bahawa wajah kucingnya dipenuhi dengan warna merah.
Tidak keruan hatinya memikirkan perkara sebenar yang terjadi.
Rupa-rupanya, anak kucingnya itu puas bermain dan menggigit gincu kesayangan tuannya dan gincu itu menjadi seperti foto di bawah :
Apa yang lebih menyedihkan adalah tuannya berbelanja banyak wang untuk mendapatkan gincu tersebut dan ‘hayat’ gincu itu berakhir sebegitu.
“Ia sepatutnya boleh digunakan untuk jangka masa yang panjang (berbulan-bulan) namun kini saya perlu membelinya lagi!”, kata pemilik kucing bertuah terbabit.
Begitulah fitrahnya makhluk Tuhan yang comel ini, di mana mereka gemar bermain dengan pelbagai barangan, tanpa mengira barang apa pun.
Manalah mereka tahu harga untuk setiap barangan itu bukan?
Mungkin pemilik itu sudah serik dan tidak akan meletakkan barangannya di sembarangan tempat lagi selepas ini!
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Leave a Reply