Baru berusia 2 tahun tetapi anak kucing ini sudah melepasi saiz dewasa sehingga ada yang menyangka dia adalah anjing

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Baru berusia 2 tahun tetapi anak kucing ini sudah melepasi saiz dewasa sehingga ada yang menyangka dia adalah anjing

Anjing dan kucing pastinya mempunyai persamaan dan perbezaan tersendiri tetapi tidak sukar untuk dibezakan. Anjing biasanya lebih agresif dan garang manakala kucing lebih lembut dan manja. Segarang mana pun kucing tersebut mereka tidak boleh menakutkan orang kerana raut wajah mereka yang comel sudah boleh buatkan ramai yang cair hati.

Jika dilihat dari segi fizikal tubuh kucing dewasa biasanya ia lebih kecil berbanding anjing. Namun, berbeza pula dengan kucing ini kerana ia mempunyai tubuh yang agak besar berbanding dengan kucing lain. Seekor kucing berbaka Maine coon yang tinggal di Rusia memiliki tubuh yang sangat besar sehingga orang ramai tersalah dengan menganggap sebagai anjing.

Kucing yang diberi nama Kefir ini bukanlah kucing dewasa, malah baru berusia dua tahun. Namun begitu, kini dia mempunyai berat badan seberat 12.5 kilogram. Kucing ini merupakan milik Yulia Minina, yang tinggal di bandar Stary Oskol di Rusia.

Pada usia kurang daripada 2 tahun, Kefir telah melepasi purata berat kucing dewasa yang sama bakanya dan dipercayai dia hanya akan menjadi lebih besar sehingga kira-kira umur 3 hingga 4 tahun nanti.

Menurut Yulia dia membeli anak kucingnya itu kerana jatuh hati dengan bulu Kefir yang putih seperti salji itu. Selepas itu Yulia membawanya pulang dan diberikan nama Kefir sempena nama sejenis minuman bersusu. Apa yang membuatkan Kefir menjadi besar seperti itu mungkin kerana tabiat makannya.

Menurut Yulia, Kefir enggan makan makanan kering jadi Yulia perlu memberikan makanan yang agak berat seperti daging dan makanan semula jadi. Pada mulanya ketika Yulia bertemu Kefir dia tidak sangka kucingnya akan menjadi sebesar itu.

“Dia bukan sahaja membesar dari segi penampilan, dia juga sangat bijak dan sentiasa bersikap tenang,” kata Yulia mengenai personaliti Kefir. Menurutnya lagi, orang ramai yang melihat Kefir pasti agak gerun dengannya tetapi Kefir sebenarnya merupakan anak kucing yang sangat manja dan penyayang.

Walaupun dia disalah anggap sebagai anjing oleh keluarga, rakan dan netizen, Kefir membuktikan bahawa dia adalah kucing yang manis dan lembut dengan dengkur dan pelukan hangatnya.

Selain itu, Kefir mempunyai satu lagi tabiat iaitu pada waktu malam, dia suka memanjat Yulia dan tidur bersama tuannya itu. Jika dahulu semasa kecil Kefir tidak menimbulkan masalah kerana tubuhnya masih kecil tetapi sekarang semakin tubuhnya membesar Yulia mula mengalami masalah sukar untuk tidur jika Kefir datang kepadanya seperti biasa.

Yulia sangat percaya bahawa Kefir hanya akan bertambah besar pada tahun-tahun akan datang.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa baka spesies Maine Coon merupakan kucing kedua terbesar dunia di antara kucing hutan Norway yang boleh mencecah berat 16 kilogram dan Ragdolls dengan berat yang mencecah 20 kilogram. Berat Maine Coon jantan dikatakan boleh mencecah 13 sehingga 18 kilogram manakala bagi Maine Coon betina pula berat mereka adalah sekitar 8 kilogram sehingga 12 kilogram.

Apa yang menariknya kucing ini mempunyai badan yang agak ‘berotot’, ekornya juga lebih panjang dan corak pada bulunya seringkali menyerupai spesies rakun. Telinga Maine Coon juga dilihat sering menyerupai bentuk telinga Lynx.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*