Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
(video) Sedih Berpisah Dengan Pekerja Bangladesh, Majikan Belanja Tiket ‘Flight’ Sebagai Hadiah Perpisahan
Namun begitu, bukan semua daripada mereka datang ke negara kita untuk tujuan tidak baik kerana kebanyakkan daripada mereka hadir demi mencari rezeki buat keluarga yang jauh beribu batu.
Pandangan negatif sesetengah orang tentang pekerja warga asing dari negara-negara kelas ketiga sering kali kita dengar sejak dari dahulu.
Mahu pulang ke kampung halaman
Dalam video itu, wanita berkenaan memaklumkan yang mereka telah menanggung tiket pulang pekerjanya itu serta memberikan hadiah untuk dibawa pulang sebagai tanda terima kasih kepada perkhidmatannya selama ini.
Hal ini samalah seperti perkongsian Azwana Zolkifli apabila memuat naik video menghantar staf warganegara Bangladesh untuk pulang ke kampung halamannya selepas berkhidmat hampir 10 tahun dengan mereka.
Permit kerja sudah tamat
Walaupun berat hati untuk melepaskan pekerja sebagus itu, namun mereka faham bahawa sudah tiba masa untuk mereka berpisah.
Tiket tersebut adalah hadiah perpisahan buatnya yang akan pulang ke tanah airnya selepas permit pekerjaan di Malaysia tamat. Tambahnya, pekerja yang bernama Helal itu merupakan seorang yang cukup rajin dan baik sepanjang tempoh bekerja bersama mereka.
Di kesempatan tersebut, Azwana dan keluarga mengucapkan terima kasih kepada pekerja warganegara Bangladesh tersebut dan berharap hubungan baik mereka tidak terputus setakat ini sahaja.
VIDEO KLIK DISINI
Mereka juga turut berkongsi cerita pengalaman sama apabila bekerja dengan warganegara asing yang baik dan sudah menganggap mereka seperti keluarga.
Sehubungan dengan perkongsian itu, ramai yang berasa terharu dengan penghargaan yang diberikan seorang majikan kepada pekerjanya yang setia walaupun bukan warganegara tempatan.
Sumber: TikTok @azwanazolkifli via ohmymedia
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Leave a Reply