Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
(Video) “Semua A, kenapa bahasa melayu B” Jawapan Spontan Dari Si Kecil Buat Ramai Terhibur
Apabila anak sudah mula membesar dan ke sekolah sudah tentu pelajaran menjadi fokus utama ibu bapa.
Ini kerana, sebagai ibu bapa pasti kita ingin melihat mereka berjaya dan dapat mencapai cita-cita yang diidamkan di masa akan datang.
Namun tidak dinafikan mereka tentu mempunyai kekuatan dan kelemahan pada beberapa mata pelajaran.
Sebagai contoh ada pelajar yang hebat dalam mata pelajaran sains, matematik tetapi sedikit lemah apabila ia melibatkan bahasa kerana setiap di antara kita mempunyai kebolehan yang berbeza-beza.
Apa yang lebih penting sebagai ibu bapa kita perlu memberi semangat dan dorongan agar mereka terus berusaha untuk melakukan yang terbaik.
Tunjuk kertas peperiksaan, reaksi kanak-kanak undang perhatian
Perkara ini samalah seperti apa yang terjadi kepada kanak-kanak ini semasa dia menunjukkan keputusan peperiksaannya sehingga mengvndang perhatian ramai.
Menerusi video dikongsikan oleh @nurhafzan6644 di TikTok, kanak-kanak yang dikenali sebagai Dhia telah menyerahkan kepada ibunya keputusan peperiksaan yang diduduki pada baru-baru ini.
Berdasarkan keputusan yang ditunjukkan itu kelihatan kanak-kanak itu berjaya memperoleh markah yang tinggi dalam peperiksaannya.
Ibunya turut teruja dengan keputusan cemerlang dimiliki oleh si anak apabila berjaya mendapat gred A dalam semua mata pelajaran kecuali Bahasa Melayu.
Jawapan anak buat ibu terkedu
Ketika ditanya ibu mengapa subjek itu mendapat gred B jawapan kanak-kanak ini membuat wanita itu terkedu dan ketawa.
“Kenapa Bahasa Melayu dapat B?” tanya si ibu.
“Haaa sebab saya orang Kelantan bukan orang Melayu,” jawab si kecil itu sambil tersipu-sipu.
Ibu terus beri semangat untuk anak buat yang terbaik
Ibunya kemudian tidak mematahkan semangat kanak-kanak itu apabila memberi nasihat bahawa dia perlu membuat banyak lagi latihan agar mahir dalam mata pelajaran tersebut.
VIDEO KLIK DISINI
Melihat di ruangan komen, ramai yang terhibur apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh kanak-kanak itu selain turut menyatakan gelagatnya comel.
‘Cerdik anak ni’
‘Jawapan dia memang win lah..’
‘Original dar4h Kelantan ni’
‘Sempoi dia punya jawapan’
Sumber: buzzkini via https://infoslikemedia.com/
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Leave a Reply