Pendapatan 5 angka sebulan, Wanita ini dapat pendapatan lumayan jual seni kaligrafi

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Pendapatan 5 angka sebulan, Wanita ini dapat pendapatan lumayan jual seni kaligrafi

Dalam mencari rezeki, pelbagai usaha sanggup dilakukan. Biasanya bagi kaum wanita ramai yang mencari rezeki melalui perniagaan makanan mahupun kosmetik. Berbeza dengan wanita ini, beliau menjual seni tangan!

Konsep jualan terus dalam talian menjadi kunci bagaimana Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Cawangan Penampang ini dapat bertahan menghadapi cabaran ekon0mi tidak menentu susulan situasi pan.demik Cvd sebelum ini.

Munirah Art Galeri

Di kala ramai peniaga terjejas te.ruk, Nurul Amyrah Nazwa Abdullah, 40, pemilik Munirah Art Galeri ini mampu menjana pendapatan bulanan mencecah 5 angka sebulan hasil jualan seni kaligrafi islam.

Facebook (FB), Instagram (IG), Whatapps (WA) dan Telegram menjadi antara aplikasi media sosial yang dijadikan platform bagi pemasaran secara dalam talian dilaksanakan ibu kepada 4 anak ini.

Lebih mesra dengan panggilan Amy, beliau berkata, kejayaan dikecapinya itu hasil perancangan strategik dan kreatif membabitkan rekaan hiasan menarik, berkualiti serta harga kompetitif.

Menurutnya, harga berpatutan ditawarkan pihaknya telah menarik minat pelanggan dari seluruh negara yang rata-ratanya dari beberapa agensi kerajaan, korp0rat dan individu.

“Jualan secara online adalah k0nsep yang wajar menjadi platf0rm kepada ramai usahawan untuk memasarkan pr0duk mereka khususnya dalam memenuhi keperluan situasi ekon0mi ketika ini.

Terus Berusaha, Belajar, Kreatif, Tawakkal

“Apa yang penting adalah terus berusaha dan belajar ilmu perniagaan serta pemasaran, kekal kreatif dan selebihnya tawakal kepada Allah Maha Pemberi Rezeki,” katanya ketika ditemui di galerinya di sini.

Amy berkata, terdapat lebih 500 rekaan kaligrafi moden dan tradisional disediakan pihaknya dalam aplikasi Telegram dan pelanggan boleh memilih rekaan pilihan seterusnya membuat tempahan.

Menurutnya, pelanggan juga bebas dengan idea rekaan sendiri kerana pihaknya turut menawarkan perkhidmatan sama bagi menghasilkan pr0duk hiasan lengkap sebagaimana kemahuan pelanggan.

Menceritakan penglibatan awalnya dalam bidang ini, Amy berkata, semuanya berlaku pada tahun 2019 apabila perniagaan kraftangannya terje.jas susulan perintah kawalan pergerakan (PKP 1.0).

Katanya, sebelum pan.demik melanda, beliau mampu meraih pendapatan lumayan sejak membuka perniagaan itu tahun 2017 malah lebih daripada pendapatannya hari ini susulan industri pelanc0ngan Sabah yang maju ketika itu.

“Selepas ketiadaan pelancong luar akibat Cvd, saya memang terjejas pada awalnya, namun ia satu hikmah kerana akhirnya terpaksa mencari idea baharu yang lebih memenuhi situasi ketika itu dan timbul ilham menghasilkan seni hiasan kaligrafi Islam.

“Bermula dengan pembiayaan sebanyak RM5,000 daripada AIM, saya terus merangka perancangan strategik menerusi jualan dalam talian sambil mempraktikkan cara pemasaran melalui platform itu.
Jualan Meningkat Ketika PKP, Ramai Dekorasi Rumah

“Semasa PKP, ramai yang terpaksa duduk rumah dan mengisi masa mendek0rasikan rumah mereka hingga pr0duk saya mendapat tempahan yang banyak dan berterusan sehingga hari ini.

“Alhamdulilah saya mampu bertahan malah berkembang walaupun baru berkecimpung dalam bidang ini 3 tahun lalu, ditambah lagi dengan minat dalam seni rekaan,” katanya yang berasal dari Ranau, Sabah.

Bakal Beroperasi Di Kilang Mini

Bagi memenuhi permintaan pr0duknya yang semakin menggalakkan, Amy kini mempunyai sebuah mini kilang yang sedang hampir siap dibina dan bakal beroperasi sepenuhnya bulan depan.

Buat masa ini katanya, pembuatan setiap produk kaligrafi dilakukan di galeri miliknya dengan ruangan yang terhad hingga menyukarkan meminimumkan usaha memenuhi tempahan pelanggan.

“Semua peralatan mesin bernilai RM10,000 sudah pun berada di mini kilang kami di Kampung Labau, Telipok dan insya-Allah akan beroperasi bulan depan, sekali gus dapat mengembangkan lagi perniagaan saya.

“Justeru, terima kasih kepada AIM kerana banyak membantu hingga saya mampu menjadi usahawan berjaya, sekaligus menjadi inspirasi buat Sahabat AIM lainnya,” katanya yang turut dibantu 6 pekerja tetap.

Kepada yang berminat mendapatkan pelbagai jenis produk Munirah Art Gallery, boleh hubungi Amy di talian 018-965 1051 atau datang terus ke Munirah Art Gallery di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah.

Semoga terus berjaya!

Sumber : Kosmo/ Facebook Amy Munirah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*