Ibu kucing jadi wira, rela redah kebakaran untuk selamatkan anak-anaknya

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Ibu kucing jadi wira, rela redah kebakaran untuk selamatkan anak-anaknya

Tidak dapat kita nafikan bahawa ibu haiwan adalah antara ibu terbaik di dunia. Walaupun tidak dikurniakan akal fikiran seperti manusia, mereka berupaya melindungi anak sendiri berteraskan kasih dan sayang.

Begitulah apa yang dirasai oleh ibu kucing bernama Minka ini apabila tempat tinggal mereka iaitu di sebuah kandang di Kanada terbakar.

Dek kerana kasih dan sayangnya pada anak, Minka sanggup merisikokan dirinya.

Anak-anak kucingnya difahamkan pada ketika itu berada di dalam kandang tersebut. Minka dilihat berulang kali berlari masuk untuk menyelamatkan anaknya.

Namun malangnya, Minka hanya mampu mengeluarkan seekor sahaja anaknya, Francis.

Menurut pihak penyelamat haiwan, Minka mengalami lecur di seluruh tubuhnya.

Malah Minka turut menghidu banyak asap tebal. “Ibu kucing ini adalah wira”, tulis akaun Facebook pasukan penyelamat, Furget Me Not.

 

Tambah akaun itu lagi, si ibu masih berusaha untuk menjaga anaknya walaupun dirinya sendiri menderita kesakitan akibat lecuran.

Ini kerana Minka dilaporkan mengalami luka akibat kebakaran di bahagian perut, kaki dan telinganya.

“Jika kami mengalami situasi kecemasan sebegini, tidak kiralah jika pusat kami sudahpun penuh, saya akan cuba sebaik mungkin untuk menjaganya”, kata wakil Furget Me Not, Christine Koltun.

Setakat ini, si ibu telah pun menjalani imbasan x-ray, diberi ubat penenang dan antibiotik serta rawatan lain untuk luka lecurnya.

Masih banyak bantuan rawatan perlu diberikan buat si ibu dan juga anaknya sebelum mereka dibenarkan untuk diadopsi. Kedua-duanya juga perlu dikasi dan juga dipasang cip mikro.

Dan kini, kedua-duanya difahamkan sudah ditempatkan di rumah pemilik mereka yang baru bersama. Malah, si anak juga sudah boleh makan sendiri.

Begitulah tulusnya kasih sayang ibu terhadap anaknya..

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*