Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Datin Seri Maria Farida Meniti Usia 50-an; “Orang Tanya, Saya Sendiri Tak Tahu Nak Jawab Apa.”
“Hari-hari orang tanya sampai saya sendiri tak tahu nak jawab macam mana sebenarnya.” Demikian kata model dan pelakon, Datin Seri Maria Farida apabila berdepan dengan netizen yang sering bertanya mengenai rahsia awet mudanya.
Menurut Maria,53, dia akui tiada merujuk sebarang penjagaan khusus, sebaliknya memilih untuk jalani hidup dengan tenang dan positif selain bersyukur dengan genetik yang dianugerahkan.
“Sebenarnya saya tidaklah menjaga sangat. Cuma saya rasa bertuah kerana mungkin memiliki genetik yang baik daripada keluarga. Jujur saya tidak berapa nak ambil apa-apa misalnya produk anti-aging dan sebagainya.
“Cuma mungkin sebab saya juga tidak merokok. Cuba jaga kesihatan dan selalu jadi seorang yang positif.
“Mungkin saya ‘dapat’ (awet muda) daripada ibu. Umurnya sudah lebih 70 tahun, tapi ramai yang anggap dia muda berbanding usia sebenar,” katanya.
Ditanya mengenai harapan bersempena dengan ulang tahun kelahiran yang disambut Mac lalu, Maria berharap semoga dia sekeluarga dilimpahkan rahmat dariNya.
“Saya hanya mendoakan diri saya sihat sentiasa, tiada apa-apa penyakit yang kronik. Saya harap ahli keluarga saya juga terhindar dari sebarang musibah termasuk c0v1d-19 dan semoga semuanya menjadi lebih baik, insya-Allah,” katanya.
Menyambut kedatangan 1 Syawal di ibu kota, Maria seperti biasa meraikan lebaran dengan apa adanya, mengenangkan situasi semasa ketika ini.
“Raya kami sekeluarga sederhana sahaja sebab kita tahu, v1rus c0v1d-19 masih lagi belum reda. Meski ada kelonggaran itu dan ini, tapi saya jujurnya masih lagi rasa risau. Jadi kami tidak buat rumah terbuka, hanya ahli keluarga sahajalah.
“Masih lagi rasa takut-takut, tak berani nak keluar tanpa hal penting. Alhamdulillah saya masih belum terjangkiti (c0v1d-19). Cuma sebelum ini suami dan ibu pernah disahkan positif.
“Saya melihat sendiri bagaimana ia berlaku dan itu sesuatu yang sangat merisaukan. Alhamdulillah mereka kini sudah pun sembuh daripada v1rus berkenaan,” katanya lagi.
Sumber : https://www.mediahiburan.my/
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Leave a Reply