Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
(video) “Speechless” Solat Dengan Hanya Mengenakan Telekung ‘Plastik’, Aksi Dua Beranak Runtun Hati Ramai
Sebagai umat Islam, kita diwajibkan untuk menunaikan solat selama lima waktu dalam sehari.
Tidak kiralah walau di mana kita berada, tiada alasan untuk kita meninggalkan solat yang sudah pun tertulis dalam rukun Islam yang wajib dipatuhi oleh semua muslim.
Sama seperti sebuah kisah yang meruntun hati warga netizen baru-baru ini, di mana tular sebuah video mengenai seorang kanak-kanak yang sedang solat di jalanan sambil mengenakan telekung ‘plastik’.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @sallsbllann itu, dia menjelaskan bahawa video pada ketika itu dia sedang duduk bersembang dengan rakan-rakannya sementara menunggu dijemput pulang.
Sambil menunggu, dia merakam aksi dua beranak itu kerana berasa tertanya-tanya apakah yang dilakukan oleh mereka pada ketika itu.
Dapat dilihat bahawa kanak-kanak itu walaupun terpaksa duduk di jalanan dengan keadaan sukar, dia tetap mengerjakan ibadah solatnya di bahu jalan bersebelahan dengan ayahnya yang sedang menggulung benang.
Apa yang membuatkan warganet lebih luluh hati adalah apabila kanak-kanak perempuan itu solat dengan hanya bertelekungkan plastik biru bagi menutup auratnya.
VIDEO KLIK DISINI
Perakam video tersebut yang dikenali sebagai Sal itu menyatakan bahawa aksi kanak-kanak perempuan itu membuatkan dia terkedu kerana dia sendiri mengakui bahawa solatnya juga masih banyak yang perlu diperbetulkan.
Difahamkan, dia juga menangis disebabkan melihat dua beranak itu menjalani kehidupan mereka dengan bahagia tanpa rasa malu.
Meninjau di ruangan komen, orang ramai turut meluahkan rasa terharu dan ins4f melihat tingkah laku dua beranak itu.
Rata-ratanya mendoakan agar keluarga kecil itu dilimpahkan rezeki yang halal dan berharap agar ada pihak yang bertanggungjawab tampil membantu mereka.
Antara komen netizen:
“adekkk :((( hebatt bangett, kadang akupunn suka bolong bolong sholatnya padahal kondisinya serba ada tapi kamuu justruu sebaliknya sehat sehat yaa”
“inilah yang dinamakan sukses. hanya menunggu waktu saja dek. Allah akan memberimu kejutan jauh diluar dugaanmu. Allah Ya Karim”
Sumber: yoy
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Leave a Reply