“Nak Buat Macam Mana, Saya Buka Mulut Je Orang Dah Tahu Saya Siapa” – Liza Abdullah

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

“Nak Buat Macam Mana, Saya Buka Mulut Je Orang Dah Tahu Saya Siapa” – Liza Abdullah

Peserta The Masked Singer Malaysia 3 (TMSMY3), Liza Abdullah yang menyarungkan maskot Kurita mended4hkan, dia tidak terkil4n sungguhpun tersingkir pada minggu keempat sungguhpun ada beberapa juri yang mahu ‘menyimpan’ dirinya sehingga ke minggu final.

Liza yang juga seorang pelakon berkata, dia tidak terfikir untuk meraih kejayaan sejauh itu memandangkan penglibatannya sehingga empat minggu dilihat sudah cukup besar dan memadai.

“Juri memang kata nak ‘simpan’ saya, tapi saya percaya semuanya berlaku dengan kehendak Allah SWT. Saya percaya mereka sayangkan saya dan saya juga sangat sayangkan mereka. Juri-juri perlu jaga prestasi dan periuk nasi mereka. Kalau simpan saya, apa yang akan berlaku pada peserta yang bagus-bagus nanti?

“Kita kena terima hakikat yang bagus di mata mereka tak semestinya bagus untuk saya. Tapi apa yang bagus untuk saya adalah dapat merasai sendiri pengalaman menyertai TMSMY3 ini,” katanya kepada Gempak.

Ditanya adakah dia menjangkakan akan bertahan sehingga minggu keempat, Liza berkata: “Ketika menyanyi, mereka minta saya ubah suara untuk kelirukan juri. Tapi nak buat macam mana, saya buka mulut je orang dah tahu saya siapa.

“Apa pun saya bersyukur sampai ke minggu keempat. Sebab sebelum ini, saya selalu berasa akan keluar awal, maklumlah peserta lain semua hebat-hebat. Saya ni penyanyi tahap karaoke orang kahwin sahaja,” katanya lagi.

Minggu hadapan bakal menyaksikan 11 lagi maskot berentap dalam TMSMY3. Maskot-maskot tersebut ialah Mawar Berduri, Si Tangkis, Betta Fish, Lollipop, Bertih Jagung, Zirafah, Mr Parrot, Manggis, Pizza Panas, Brokoli, Nyoq Muda dan Dewi Angsa.

Barisan juri tersebut adalah Elly Mazlein, Zul Ariffin, Sharnaaz Ahmad, Shuib Sepahtu, Emma Maembong, Didie Alias, Atu Zero dan Misha Omar. Ella Aminuddin pula kembali sebagai juri untuk tiga musim berturut-turut sementara pengacara tersohor, Datuk AC Mizal menggalas tugas sebagai hos sekali lagi.

TMSMY menggunakan format asal program realiti popular dari Korea Selatan, The King of Mask Singer yang juga diadaptasi di negara-negara lain seperti Indonesia, Thailand, China dan Amerika Syarikat.

Mengekalkan format asal program realiti The King of Mask Singer, kesemua peserta TMSMY musim ini akan memakai kostum menutupi susuk tubuh sambil menyembunyikan identiti masing-masing.

Hanya suara dan kreativiti persembahan sahaja yang akan menjadi pertaruhan untuk menentukan kedudukan peserta dari minggu ke minggu sehinggalah dinobatkan sebagai juara.

TMSMY3 berlangsung selama 10 minggu dan sesi rakaman dijalankan di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

The Masked Singer Malaysia musim ketiga akan mula bersiaran pada setiap hari Jumaat, mulai 23 Disember 2022, jam 9.00 malam di saluran Astro Warna HD dan juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.

Sumber : gempak

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*