Muka pasrah, kena panggil urut babah. Sekali babah offer ikan seekor lepas siap, terus jadi macam ni.

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Muka pasrah, kena panggil urut babah. Sekali babah offer ikan seekor lepas siap, terus jadi macam ni.

Bukan sahaja kelihatan seperti terpaksa malah reaksinya yang mengurut dengan reaksi wajah yang tidak ikhlas itu turut mencuit hati netizen. Video tersebut juga tular dikongsikan apabila ianya meraih lebih dari setengah juta tontonan setakat ini.

Pemilik kucing tentunya cukup faham dengan ragam kucing yang suka mengurut pemilik mereka secara tiba-tiba. Sama macam gelagat seekor kucing ini yang dilihat sedang mengurut pemiliknya namun reaksi wajahnya pula yang mencuri tumpuan.

Lelaki itu kemudian berseloroh memberitahu dia akan memberikan makanan yang sedap kepada kucing itu seperti ikan goreng sebagai ganjarannya mengurut. Lebih melucukan, kucing itu yang seakan-akan faham apa yang dikatakan terus mengurut di bahagian lain pula.

Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan seekor kucing yang sedang asyik mengurut pemiliknya sambil dirakamkan lelaki itu. Apa yang menarik perhatian ialah reaksi wajah kucing itu yang kelihatan seperti terpaksa melakukannya dan langsung tidak ikhlas membuatnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat kucing itu mengurut pemiliknya. Malah ramai yang turut terhibur melihatkan reaksi wajahnya yang kelihatan seperti tidak ikhlas melakukannya.

Melihat reaksi spontan dari kucing itu, pemiliknya turut berdekah apabila kucing itu kelihatan lebih bersemangat apabila mendengar ganjaran yang akan diberikan padanya.

“Muka tu muka.”

“Muka pasrah.”

“Dengar makan terus pindah tempat.”

“Makin bersemangat dia urut lepas dengar menu makanan.”

Sumber: imuslimnetwork.com

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*