(Video) Tak mahu balik rumah kerana kempunan ayam goreng. Pastu buat muka tak bersalah.

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

(Video) Tak mahu balik rumah kerana kempunan ayam goreng. Pastu buat muka tak bersalah.

Kucing sememangnya mempunyai banyak karenah dan ada kalanya cukup menghiburkan pemilik kucing terutamanya yang cukup nakal di rumah. Sama juga macam gelagat seekor kucing ini yang meraih perhatian ramai apabila tidak melayan pemiliknya ini.

Bukan sahaja tidak melayannya malah kucing itu juga siap membuat muka selamba semasa pemiliknya berceloteh tentang kelakuannya itu. Malah rata-rata netizen turut sama terhibur melihat gaya kucing itu yang seolah-olah faham apa yang berlaku.

Pada gambar dan video yang telah dikongsikan ini, pemilik kucing itu berkongsikan gelagat kucingnya yang mencuit hati netizen baru-baru ini. Biasanya kucing memang suka berkeliaran di luar rumah sehinggakan tidak tahu untuk pulang ke rumah sendiri.

Sama seperti situasi yang dikongsikan ini apabila kucing itu tidak pulang ke rumah sekaligus membuatkan pemiliknya ini risau. Gadis itu kemudian mula membebel pada kucing itu tentang perangainya yang telah merisaukan mereka.

Video :

Lebih mencuit hati, kucing itu hanya memberikan reaksi wajah yang selamba dan tidak menghiraukan pemiliknya itu. Malah ada yang berseloroh gayanya itu seperti tidak bersalah di dalam situasi ini walaupun sebenarnya dia telah membuat yang lain risau dengannya.

Pada ruangan komen, netizen turut sama terhibur melihat reaksi selamba dari kucing ini. Dalam masa yang sama, ada juga yang pernah melalui situasi yang sama dengan kucing mereka di rumah.

Sumber: toptennew

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*