Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Kucing zaman sekarang nie dah pandai berjawab. Papa ajak pegi mandi boleh pula dia jawab macam ni.
Haiwan seperti kucing ini menjadi antara yang paling rapat dengan manusia. Sifatnya yang gemarkan perhatian dan suka bermanja ini membuatkan siapa sahaja yang tidak mudah ‘cair’ dengan haiwan ini. Malah kucing juga cukup bijak mempamerkan kecomelannya membuatkan ramai memilih untuk memelihara haiwan ini.
Bagaimanapun, baru-baru ini satu lagi video yang memaparkan gelagat kucing telah mencuri perhatian ramai. Manakan tidak dalam rakaman ini haiwan tersebut seakan menjawab dengan tuannya yang mengajak kucing tersebut mandi.
Kedengaran suara seorang lelaki memujuk haiwan ini untuk pergi mandi. Namun kedengaran kucing tersebut menjawab seakan tidak mahu mandi. Berikut adalah perkongsian rakaman si bulus menjawab tak nak mandi yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun nazrilhaikalsportshoes ini:
Eh, lain macam ya kucing ini! Pandai pula menjawab. Apa-apa pun perkongsian rakaman ini telah meraih hampir 500 ribu tontonan dan 53 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai rakaman si bulus menjawab tak nak mandi ini di ruangan komen seperti berikut:
“Kita tak nak la! Tak nak! Tak nak lahhhhh!”
“Kucing ni sama betul dengan perempuan kalau disuruh mandi payah. Memang tapi kalau soal makan perh laju”
“Orang dah cakap banyak kali tak nak. Tak nak la”
“Kucing zaman sekarang dah pandai cakap ghisauuu”
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Leave a Reply