Anak murid beri udang tanda penghargaan kepada cikgu

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Anak murid beri udang tanda penghargaan kepada cikgu

“Setiap murid ada cara tersendiri dalam menghargai guru mereka dan ia berbeza di bandar juga di desa,” ucap Muhammad Tarmizi kepada Harian Metro. Baru-baru ini dia memuat naik satu video yang menunjukkan anak muridnya memberikan udang kepadanya dan video tersebut tular hingga mendapat 1.2 juta tontonan.

Menurut Muhammad Tarmizi cerita sebenarnya ialah dia memesan udang itu daripada orang kampung dan bukannya pemberian oleh anak muridnya.

Namun sebelum ini anak muridnya yang bernama Muhammad Fadhlul Azdzmin itu memang pernah memberinya udang sebagai tanda menghargainya.

Katanya lagi, udang tersebut dipancing sendiri oleh anak muridnya yang berusia tujuh tahun tersebut. Walau bagaimanapun ketika itu Muhammad Tarmizi tidak merakam video.

“Walaupun udang, ia tetap bermakna kerana pemberian daripada anak didik dan tanda dia ingat serta hargai saya,” kata Muhammad Tarmizi, guru Pendidikan Islam dan bahasa Arab Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Kut, Sarawak.

Ujar Muhammad Tarmizi lagi, anak muridnya itu merupakan murid yang baik dan mendengar cakap.

“Dia pernah kata kepada saya yang dia mahu jadi seperti ustaz (nama panggilan Muhammad Tarmizi).

“Mungkin kerana keikhlasannya, video dimuat naik saya tular dan ramai nampak kebaikannya.

“Jadi, saya beritahu yang itu rezeki dia berbuat baik dengan orang dan sebagai guru, sudah tentu saya berharap dia dan semua anak murid berjaya di dunia dan di akhirat,” katanya.

Tinjauan di ruang komen TikTok menunjukkan rata-rata warga siber bersetuju bahawa orang Sarawak memang pemurah dan tidak berkira dalam soal makanan.

VIDEO KLIK DISINI

Ujar salah seorang pengguna TikTok ketika menetap di Sarawak selama tiga tahun, mereka dihidangkan dengan lebih 20 jenis kek batik Sarawak ketika jamuan. Selain itu, lauk yang dihidangkan pula ialah ikan dan udang yang saiznya besar-besar belaka.

Masing-masing mengucapkan syukur di atas rezeki yang diperoleh. Tidak kurang juga yang mahu berkhidmat untuk orang Sarawak terutama di kawasan pedalaman.

Tidak kira walau di mana pun kita berada, budi bahasa budaya kita.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*