Jodoh rahsia Allah, lelaki ini pilih wanita kerdil jadi suri hati… Rupanya nasi goreng udang jadi penambat perut encik suami

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Jodoh rahsia Allah, lelaki ini pilih wanita kerdil jadi suri hati… Rupanya nasi goreng udang jadi penambat perut encik suami

SATU dalam sejuta. Wanita ini menganggap dia merupakan wanita paling bertuah apabila hadir seorang lelaki yang menerima kekurangannya sejak lahir.

Tular video menunjukkan pengantin lelaki berarak bersama pasangannya yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) fizikal.

Walaupun tidak berjalan sama tinggi dan duduk sama rendah, namun kedua-dua pasangan ini kelihatan begitu serasi meraikan hari bahagia mereka.

“Ini definisi orang yang tepat akan menerima segala kelebihan dan kekurangan kita,” komen netizen.

Berkongsi cerita kepada mStar, pengantin lelaki, Muhammad Nashrul Ridhuan Mohd Nawi berkata, dia berkahwin dengan gadis pilihannya itu di Kuantan, Pahang, pada 21 Januari lalu.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga selepas perkenalan lebih tiga tahun.

Pemuda berusia 21 tahun itu mengakui tidak menyangka detik perkenalannya bersama Nurul Anis Natasya Mohd Zawawi, 21, bermula daripada mesej di aplikasi WhatsApp.

“Saya dapat nombor telefon dia (kini isteri) daripada rakan dan mula hantar mesej. Tapi masa tu saya tak tahu penampilannya macam mana dan dia pun tak beritahu.

“Sehinggalah setahun berkenalan, saya berjumpa dengan dia buat pertama kali selepas saya bekerja di pasar malam di Kuala Lumpur,” katanya kepada mStar.

Duan menyifatkan isterinya sebagai penyabar dan memahami.

Lebih mesra disapa Duan, dia tidak pernah melihat kekurangan pada isterinya yang merupakan pemegang kad OKU, sebaliknya insan istimewa yang menceriakan hidupnya.

“Bagi saya, isteri adalah seorang yang ikhlas dan pandai berdikari. Apa saja dia nak buat, dia akan usahakan betul-betul dengan sendiri.

“Buktinya, dia sanggup susun sehingga enam kerusi dari singki ke dapur dan panjat di atasnya untuk memasak dan menyiapkan hidangan. Saya paling suka nasi goreng udang masakan dia,” ujarnya yang berketinggian 160 sentimeter (sm), manakala isteri 118sm.

Pasangan pengantin bersama keluarga.

Walau bagaimanapun, Duan yang berasal dari Bukit Besi di Dungun, Terengganu itu mengakui kadang-kala mereka menjadi perhatian ramai setiap kali keluar bersama.

“Mereka akan memandang, berbisik dan bercakap tentang kami dari jauh. Ini terutama kanak-kanak yang mungkin tak faham, tapi kami biarkan saja.

Isteri sanggup susun kerusi dari singki ke dapur dan panjat di atasnya untuk memasak.

DUAN

“Mula-mula dulu mungkin rasa tak selesa, tapi lama-kelamaan kami dah biasa. Hilang perasaan malu kerana mengapa nak fikir apa yang orang lain lihat dan kata.

“Alhamdulillah, keluarga saya juga menerima dia dengan baik. Mereka lebih utamakan pilihan saya untuk dijadikan isteri,” katanya sambil menambah pernah bekerja dengan bapa mentua sebagai pemandu dan kelindan lori.

Bagi Duan, dia dan isteri saling melengkapi antara satu sama lain.

Berkongsi hobi sama dengan berkaraoke, Duan yang merupakan anak sulung daripada empat beradik berkata, isterinya bukan sahaja menjadi pelengkap dalam hidupnya, malah mereka saling melengkapi antara satu sama lain.

“Saya juga boleh memasak, dulu pernah masak bihun goreng, mi goreng dan kuey teow goreng di pasar malam. Saya juga boleh masak dan bantu dia memasak di dapur.

“Saya tidak melihat kekurangan pada dia, kerana saya sendiri ada kekurangan. Saya dan dia saling memerlukan,” katanya yang berhasrat untuk berbulan madu di Pulau Langkawi.

Sumber : mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*