Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Gadis Berusia 21 Tahun Ini Merupakan Seorang Pemandu Trak Tercantik Di Jepun
Secara realitinya, kerja sebagai pemandu banyak diceburi oleh golongan lelaki, lebih-lebih lagi jika memandu kenderaan ataupun jentera berat seperti trak. Namun selari dengan era yang lebih moden, kini golongan wanita juga mampu menggalas tanggungjawab berkenaan dan terdapat peningkatan terhadap penglibatan golongan hawa dalam profesyen tersebut.
Seperti gadis ini yang baru berusia 21 tahun, iaitu Rino Sasaki yang berasal dari Jepun ini sudah mahr membawa trak bagi membantu menyara dirinya. Rino membuat keputusan untuk mengorbankan cita-citanya untuk menjadi seorang guru tarian bagi menggantikan bapanya yang sakit.
Dia kemudian mengambil lesen yang membolehkannya mengendalikan jentera berat lalu menemani bapanya yang bertugas membawa trak dalam jarak jauh, di mana dia akan bergilir-gilir memandu bersama bapanya dan bertukar-tukar syif
“Saya sebenarnya suka mengajar tarian tradisional kimono tetapi saya tidak sanggup membiarkan bapa memandu keseorangan di saat saya lihat dia saklt. Jadi, saya meninggalkan semuanya dan memilih untuk membantu bapa saya,” cerita Rino.
Semenjak daripada itu, minatnya terhadap kerja ini bertambah sehinggakan dia berupaya memandu sendiri trak Volvo SR12.
Ramai orang termasuklah ibunya cuba memujuk Rino untuk tidak meneruskan karier sebagai pemandu trak namun Rino tetap mahu meneruskannya.
Kini, dia sangat dikenali, terutamanya dalam industri logistik dalam talian sebagai pemandu trak paling cantik. “Saya hargai pujian yang diberikan tetapi harus diingat walaupun cantik, saya juga seorang yang kuat,” katanya.
Dia akan memandu trak Vovlo berkenaan 10,000 batu jauhnya yang membawa barangan akuatiik, buah-buahan dan sayur-sayuran untuk dihantar ke destinasi.
Dia berharap dirinya dapat memberi inspirasi kepada wanita lain untuk turut sama menceburi industri logistik dan pengangkutan.
Lazimnya, pemandu trak memainkan peranan yang amat penting kerana mereka menyediakan perkhidmatan masyarakat dengan menghantar barangan dalam jarak yang jauh melalui jalan darat, kebiasaannya daripada industri pertanian kepada pusat pengagihan.
Perjalanan yang panjang memakan masa selama beberapa jam di atas jalan raya membuktikan bahawa seseorang pemandu trak berkenaan harus berupaya menjalankan tanggungjawab daripada aspek mental dan fizikal dengan baik.
Sumber: sr8x4volvo/Instagram, autoevolution via CerKosong
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Leave a Reply