Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Dulu Popular Dalam Rancangan “Di Mana Joe Jambul”, Rupanya Begini Keadaan Pengacara & Pelakon Norzizi Zulkifli Sekarang
Sekitar tahun 1990an, nama Norzizi Zulkifli cukup dekat dalam kalangan peminat cilik. Telatah aktif dan spontan yang dimiliki anak sulung kepada pelakon veteran, Datuk Zulkifli Zain dan Datin Normala Omar ketika mengacarakan sebuah program kuiz kanak-kanak, ‘Di Mana Joe Jambul’ meninggalkan kesan mendalam kepada penonton.
Bahkan sehingga ke hari ini masih ramai yang mengenalinya sebagai kakak Joe Jambul .
Pernah membintangi filem Syukur 21, Cicakman dan menbintangi pementasan teater Throne of Thorns, siswazah Sarjana Muda Seni Persembahan Dengan Kepujian (Seni Layar) dari Universiti Teknologi Mara, UiTM ini nyata tidak pernah puas dengan kejayaan yang telah ditempa.
Selain turut bertindak sebagai pensyarah, isteri kepada Bayu Utomo Radjikin ini juga mencipta satu lagi kejayaan bukan hanya pada dirinya bahkan industri seni tanah air.
Norzizi Zulkifli menjadi bualan apabila kisah kejayaannya menamatkan pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Seni, Bahasa Inggeris dan Media di University of Wollongong, Australia diketahui ramai.
Lega apabila pengajian yang mengambil masa lebih dua tahun itu akhirnya tiba ke penghujung, beliau memuat naik beberapa keping gambar di laman Instagramnya tentang perkara itu.
Meskipun pada mulanya terpaksa menempuh pelbagai kesukaran untuk melanjutkan pengajian di sana namun berkat sokongan keluarga terutama suami tercinta, dia berjaya sampai ke puncak impian.
“Proses PhD saya beliau (suami) tidak pernah menghalang kalau saya berjam-jam di universiti, balik lewat malam menyiapkan thesis. Tidak pernah menyuruh saya pulang awal, tidak pernah bising apa jua. Sangat sangat memahami. Masa saya buat PhD saya ada 3 anak kecil iaitu 5, 3 dan 2 tahun.
Bayu menjaga anak-anak kecil kami, menguruskan rumah sepenuhnya meninggalkan bisnes dan kerjayanya di Malaysia untuk bersama saya serta memudahkan segala proses pengajian saya.
Ibu kepada tiga orang anak ini sebenarnya cukup cemerlang dalam bidang seni yang diceburi. Sejak kecil, pelbagai pengiktirafan dimilikinya termasuk Anugerah Siswazah Terbaik Program, Anugerah Siswazah Terbaik Fakulti dan Anugerah Pingat Emas Yayasan Budiman UiTM pada tahun 2003.
Rezeki Allah! Dr Norzizi sedia galas tugas baharu! Dilantik Ketua Pengajian Seni Persembahan UiTM!
Bagi pensyarah dan juga pelakon, Dr. Norzizi Zulkifli, pelantikannya sebagai Ketua Pengajian Seni Persembahan di Kolej Pengajian Seni Kreatif di Universiti Teknologi Mara (UiTM) disambut penuh kesyukuran.
Anak kepada pelakon veteran Datuk Zulkifli Zain dan Datin Normala Omar ini, berkongsi berita gembira itu dalam Instagramnya.
Menurut Zizi, dia bersyukur dan menyeru orang ramai mendoakan agar dirinya mampu menggalas tanggungjawab tersebut.
“Alhamdulillah. Rezeki Allah. Satu permulaan yang baru. Doakan saya moga mampu menggalas apa jua tanggungjawab yang diberikan. Tahniah buat semua rakan-rakan yang dilantik,” tulisnya ringkas.
Pemilihan Zizi dilihat kena dan layak kerana dia bukan calang-calang dalam seni teater dan lakonan. Artis seperti inilah yang harus dibanggakan dan semoga Zizi dapat menyampaikan ilmu lakonan kepada generasi muda.
Sumber: Nona. Xtra via kotakmedia.trade
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Leave a Reply