Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Padah ceroboh sarang haiwan lain, seekor burung hantu ditolak keluar si tupai yang berani. “Saya tinggal sini dulu..”
Bagi memahami ekologi hidupan liar, seorang pelukis British bernama Robert E Fuller telah memasang kamera miniatur di beberapa habitat haiwan liar, termasuklah sarang tupai.
Ini membolehkan Robert mendapatkan gambaran jelas mengenai kehidupan haiwan liar selain memberikan idea untuk menghasilkan karya seninya yang berinspirasikan hidupan liar.
Namun terdapat satu insiden lucu membabitkan seekor tupai bersama burung hantu yang berjaya dirakamkan menerusi kamera yang dipasang Robert pada satu lubang di sebuah pokok.
Menurut Robert, dia telah memerhatikan situasi pada lubang berkenaan selama beberapa minggu dan mendapati seekor tupai yang tinggal di dalamnya.
Ia seperti sarangnya. Tupai itu pula akan keluar pada setiap hari untuk mencari makanan. Pada masa yang sama, seekor burung hantu dilihat memasuki lubang tersebut.
Oleh kerana waktu kedua-dua ekor haiwan menggunakan lubang itu tidak sama, maka kedua-dua mereka tidak pernah terserempak di sarang terbabit.
Sehinggalah pada suatu hari apabila sepulangnya si tupai ke sarangnya itu, tupai itu mendapati bahawa terdapat ‘penceroboh’ di dalam sarangnya.
Masuk sahaja tupai itu ke dalam, muncul muka burung hantu di luar lubang tidak lama selepas itu. Burung hantu itu tercegat sahaja seperti tidak berniat mahu meninggalkan tempat itu.
Tatkala burung hantu itu sedang memusingkan badannya ke belakang, secara tiba-tiba tupai berkenaan dilihat menolak tubuh burung hantu itu keluar daripada sarangnya.
“Saya duduk di sini dahulu jadi saya harus tolak kamu keluar”. Sempat pula si tupai meninjau ke luar selepas menolak burung hantu itu. Lucu betul!
Keberanian tupai amat mengagumkan memandangkan burung hantu adalah haiwan karnivor. Boleh sahaja tupai itu diserang dan dimakannya.
Itulah, jangan pandai-pandai masuk rumah orang. Anda boleh lihat video lucu ini di bawah :
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Leave a Reply