Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Untung abang lori, isteri datang hantar makanan pada waktu rehat
Antara rahsia keharmonian rumah tangga ialah suami isteri makan bersama. Realitinya tidak semua pasangan berpeluang untuk makan bersama setiap kali waktu makan. Namun itu tidak menjadi penghalang buat pasangan ini kerana mereka mencari jalan untuk makan bersama.
Menerusi satu video yang dikongsikan oleh @fatihamazlan1997 di TikTok, kelihatan dia menghantar makanan buat suaminya pada waktu rehat.
@fatihamazlan1997 dilihat membawa beberapa jenis lauk termasuklah makanan kegemaran suaminya.
Menggunakan masa yang ada, @fatihamazlan1997 bukan sahaja menghantar makanan malah turut menemani suaminya itu makan tengah hari.
Suaminya dilihat begitu berselera menikmati lauk-pauk yang dimasak dan dihidangkan oleh isterinya itu. Berkali-kali dia memuji keenakan air tangan isterinya itu.
Warga siber yang menonton perkongsian video berkenaan turut berasa gembira melihat pasangan suami isteri itu. Mereka turut mendoakan @fatihamazlan1997 sekeluarga agar diberikan kebahagiaan hidup.
VIDEO KLIK DISINI
Memang beruntung benar abang lori ini. Sudahlah isterinya cantik, pandai memasak siap datang hantar makanan pada waktu rehat lagi.
Semoga pasangan suami isteri ini bahagia hingga akhir hayat.
Sumber: EB
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Leave a Reply