Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
“Berani kau tiru gaya bapak kau dik” – Comel je gelagat budak ni tiru gaya bapak dia tarik perhatian ramai
Tidak dinafikan kadang kala telatah kanak-kanak ni boleh membuatkan kita ketawa bila melayan karenah mereka. Sesekali bila melayan telatah mereka, kita akan merasa lega dan terasa hilang penat.
Walaupun gelagat mereka seperti tidak masuk akal tetapi ianya adalah apa yang minda dan pemikiran mereka mahukan dan seringkali gelagat mereka itu memang akan membuatkan sesiapa pun akan terhibur.
Sama juga dengan seorang kanak- kanak yang videonya telah dimuatnaik di aplikasi instagram reel apabila kanak-kanak itu telah meniru gaya ayahnya sehinggakan bukan sahaja cara jalan dan pemakaian tetapi bahkan perut boroi juga ditirunya.
Rakaman video tersebut telah memaparkan seorang kanak- kanak yang dilihat berdiri di tepi ayahnya dan memakai jubah lelaki dan apa yang menarik perhatian adalah si anak itu meniru gaya ayahnya bahkan perut boroi si ayah itu pun turut diikutinya yang membuatkan warganet tertawa besar.
VIDEO KLIK DISINI
Apabila diterjah ke ruangan komen, rata-rata warganet tergelak dengan kecomelan kanak- kanak yang berani meniru ayahnya sebijik sama sama dan ramai juga menganggap yang mungkin itu adalah hasil “kerja” ibunya yang mahu anaknya mengikut jejak langkah ayahnya.
Komen Netizen:
Sumber : https://www.instagram.com/jentikhati/
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Leave a Reply