“Mama Telah Pergi Dahulu, Kami Akan Menyusul Kemudian Mama..”Bacaan Talkin Buat Mama Tercinta, Raih Lebih 7,000 Tontonan & Ramai Turut Bersedih!

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

“Mama Telah Pergi Dahulu, Kami Akan Menyusul Kemudian Mama..”Bacaan Talkin Buat Mama Tercinta, Raih Lebih 7,000 Tontonan & Ramai Turut Bersedih!

Kehilangan seseorang cukup disayangi tentunya begitu berat dan meny4kitkan dirasakan, apatah lagi insan tersebut adalah ibu yang telah banyak menabur dan berkorban untuk membesarkan kita.

Benar, setiap yang hidup pasti akan mati. Bagi kita orang Islam, hanya tiga amalan yang akan dibawa sebagai bekalan untuk bertemu Allah swt, iaitu ilmu yang bermanfaat, sedekah jariah dan doa anak yang soleh.

Baru-baru ini sebuah video bacaan talkin yang dibacakan oleh seorang anak muda buat mamanya, cukup menjentik hati netezin hingga turut berasa sayu.

“Ingatlah bahawasanya mama sekarang sedang tinggal di alam barzah.”

Begitulah sebahagian bacaan talkin yang dibacakan oleh seorang anak untuk arw4h ibunya. Rakaman penuh emosi itu telah dikongsikan di instagram dan ternyata cukup menyentuh hati netizen yang melihat video pendek ini sehingga meraih lebih 7,000 tontonan ketika artikel ini ditulis.

Menurut Nur Faezah Mohd Ariffin, 42 mended4hkan siapa pemuda yang membaca talqin di dalam video tersebut, iaitu adik lelakinya Muhammad Neezam Mohd Ariffin,35. Video tersebut dirakam ketika pengebum1an ibunya, Azizah Romli, 65 yang men1nggal dun1a pada Jumaat terakhir sebelum Ramadan.

“Talqin dibaca oleh adik kelima saya yang merupakan seorang ustaz kelulusan Universiti Al-Azhar. Kami 12 beradik tidak dapat menahan perasaan sedih apabila dia membacakan untuk mama kami sendiri.

“Sebelum ini kalau orang baca talqin tak ada sebut mama pun.Tapi bila adik sebut mama tu terasa sayu sangat, rasa macam kita pun bakal menyusul ke sana.

VIDEO KLIK DISINI

“Kami tak sangka yang mama akan pergi kerana dia tidak mempunyai sebarang peny4kit kron1k. Cuma dua tiga hari sebelum itu mama ada cakap pada adik, mama tidak ada sesuatu pun di dunia ini yang memberatkan untuk mama pergi. Mama dah berlapang dada. Katanya sambil menambah jen4zah dikebum1kan di Jitra, Kedah.

Tambah anak sulung itu, segala pengurusan jen4zah dilakukan oleh mereka 12 beradik bersama ayah tercinta.

Menurut wanita yang mesra disapa Faezah itu, dia tambah pilu apabila hasrat ibunya untuk khatam al-Quran sebelum Ramadan tahun ini tidak kesampaian.

“Mama tinggal lagi 12 juzuk untuk khatam, tetapi dia tidak sempat nak habiskan dan ditakdirkan dijempur Ilahi pada Jumaat lalu, hanya empat hari sebelum umat Islam mula berpuasa.

“Ia seperti mama tinggalkan 12 juzuk itu untuk kami adik beradik selesaikan. Jadi 12 juzuk terakhir itu dibaca bersama-sama kami adik beradik ketika mama tenat sebelum dia menghembuskan nafas terakhir,” ujarnya.

Menurut Faezah, pemerg1an ibunya tentu sekali membuatkan kehadiran Ramadan tahun ini ternyata berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Malah katanya, hatinya terasa kosong memandangkan ini kali pertama berpuasa tanpa ibu tercinta.

“Kalau kita seorang diri memang terasalah sikit. Tapi bila berkumpul 12 beradik, terisi sikit kekosongan itu.

“Kami sekeluraga memang reda dengan pemergian mama dan bersyukur kerana perjalanan mama dipermudahkan Allah,” Katanya yang berasasl dari Kedah.

Sumber : https://www.keluarga.my/Koleksi Viral

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*