Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Siapa sangka, gambar cincin perkahwinan yang nampak klasik ini sebenarnya dirakam diatas perut seekor kucing. Hasilnya memang luar biasa betul!
Pada masa ini, gambar perkahwinan adalah sesuatu yang hampir perlu untuk setiap pasangan yang memutuskan untuk menamatkan zaman bujang mereka. Hal ini adalah kerana gambar-gambar yang indah ini adalah salah satu cara yang berupaya untuk ‘membekukan’ momen yang paling indah dalam kehidupan pasangan yang berkahwin.
Dan, antara perkara yang ‘wajib’ dirakam dalam setiap gambar perkahwinan pastinya adalah cincin perkahwinan, yang lazimnya menjadi simbol ikatan perkahwinan tersebut.
Gambar cincin perkahwinan kebiasaannya dirakam dengan latar belakang yang menarik, yang selalunya berkait rapat dengan majlis perkahwinan yang diadakan. Misalnya seperti bunga tangan pengantin perempuan, baju perkahwinan pasangan, kasut perkahwinan, dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, seorang jurugambar dari Filipina ini nampaknya mempunyai idea yang “luar dari kotak” untuk merakam gambar cincin perkahwinan.
Hasil gambarnya memang kelihatan klasik, sepasang cincin emas yang diletakkan dengan kemas di atas latar belakang berbulu berwarna putih-jingga. Tetapi persoalannya, bulu apakah yang digunakan oleh jurugambar ini?
Jawapannya adalah bulu kucing!
Dengan hasil yang memang langsung tidak nampak cacat-celanya, rupa-rupanya jurugambar itu menggunakan badan kucing yang sedang terbaring menyusukan anak-anaknya untuk menjadi latar belakang kepada gambar cincin perkahwinan ini. Lucu betul!
Pasti tiada sesiapa yang menyangka bahawa latar belakang yang digunakan dalam gambar ini sebenarnya adalah seekor kucing. Mana tidaknya, hasilnya memang nampak hebat dan cantik betul!
Kiriman ini telah dikongsikan oleh Kevin Kasmir di laman Facebook dan setelah dimuatnaik pada petang 6 Mac lalu, kiriman ini telahpun meraih sehingga lebih dari 24,000 perkongsian, lebih dari 19,000 reaksi dan 247 komen dari warganet yang jelas terhibur dengan kiriman ini.
“Tiada latar belakang? Tiada masalah!”
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Leave a Reply