“Cukup 4 Orang Anak,” – Empat Kali Bersalin Cz3r, Adira ‘Ikat Per4nakan’

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

“Cukup 4 Orang Anak,” – Empat Kali Bersalin Cz3r, Adira ‘Ikat Per4nakan’

Penyanyi Adira Suhaimi mengakui dia kini sudah ‘tutup kilang’ selepas selamat bersalin anak keempatnya, Ayub secara pembedahan pada 29 September lalu.

Susulan itu, Adira, 31, berkata, memadai jika dia dikurniakan dua pasang cahaya mata.

“Cukuplah dengan empat orang anak. Saya sudah lakukan Bilateral Tubal Ligation (BTL) atau ‘ikat per4nakan’.

“Bukan kerana saya jenis yang ‘subvr’ atau bagaimana. Cuma saya sudah empat kali bersalin secara pembed4han caesarean.

“Jadi mungkin akan ada ris1ko kalau saya hamil lagi. Atas sebab tertentu dan nasihat doktor, saya bersetuju (ikat peran4kan). Begitu juga dengan suami.

“Cukuplah dua lelaki dan dua perempuan. Biarlah saya fokus dengan empat orang cahaya mata ini. Alhamdulillah, saya merasakan kehidupan saya sudah lengkap.

“Saya sangat bersyukur dengan apa yang ada sekarang, termasuk di dalam soal kerjaya juga,” katanya kepada MH.

Adira berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Anjuran Body Flasshh di Hotel JW Marriot, Kuala Lumpur pada Rabu.

Majlis sama turut menyaksikan perlantikannya sebagai wajah wakilan produk BodyFlasshh Drinks, minuman yang mampu mengawal selera makan.

Ditanya mengenai pemilihan nama anak bongsunya, Ayub, Adira menjelaskan dia selesa memilih nama yang senang disebut kepada anak-anak.

“Saya suka nama anak yang ringkas. Mudah untuk kita ingat. Kalau di sekolah pun, orang akan panggil nama pendek juga. Jadi lebih baik untuk saya memudahkan.

“Apa nama yang diberikan, kita pun panggil itu sahaja. Macam Ayub dia tak kan boleh dipanggil pendek lagi kan? Nama tiga anak saya yang lain pun ringkas juga iaitu Anggrek, Asan, dan Anggun,” katanya lagi.

Sekadar info, penyanyi lagu Takdir Tercipta itu mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Datuk Seri Adnan Abu atau sinonim disapa sebagai Datuk Red pada 3 Disember 2015.

Sumber : https://www.mediahiburan.my/

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*