Lama menyepi dalam industri. Zarina Zainuddin dedahkan rahsia Ruminah Sidek yang selama ini tidak diketahui umum. Rupa rupanya rahsia ini memang mengejutkan orang ramai.

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Lama menyepi dalam industri. Zarina Zainuddin dedahkan rahsia Ruminah Sidek yang selama ini tidak diketahui umum. Rupa rupanya rahsia ini memang mengejutkan orang ramai.

Zarina Zainuddin berkongsi rasa kagum dengan kesihatan Ruminah Sidek walaupun sudah lanjut usia. PELAKON Zarina Zainuddin melahirkan rasa kagum dengan artis veteran, Ruminah Sidek atau lebih dikenali dengan panggilan Mak Mah kerana kesihatan dan tenaganya yang kuat walaupun sudah lanjut usia. Menurut Zarina, dia tidak pernah melihat Mak Mah mengambil sebarang ubat-ubatan sepanjang tiga bulan menjalani penggambaran bersama pelakon veteran itu sebelum ini.

“Alhamdulillah, umur Mak Mah 74 tahun tapi sihat, kuat bertenaga tak ada sebarang penyakit. “Sepanjang penggambaran tiga bulan dengannya, tidak pernah nampak dia makan ubat macam orang-orang tua yang lain,” tulisnya. Ruminah Sidek masih kuat dan bertenaga walaupun sudah berusia 74 tahun. Selain itu Zarina, 49, turut memuji Mak Mah yang tidak mempunyai pant4ng l4rang dalam pemakanan. Bagaimanapun, pelakon drama Tari Tirana ini berkata Mak Mah mengamalkan meminum air masak berbanding minuman manis. “Dia makan semua cuma dia tak minum air kopi, teh atau milo… dia kata dia tak reti. “Dia minum air oren, itu pun sikit saja selebihnya minum air masak,” katanya.

Setiap kali melangkah dia suka berzikir dengan menyebut nama Allah.
Zarina turut bercerita tentang amalan pelakon veteran itu yang sentiasa menyebut nama Allah dalam segala perbuatannya. Tambahnya, jodoh kelima Mak Mah bersama peneroka Felda, Al Fatah Rahim Ismail, 76, merupakan perkahwinan paling bahagia buatnya. “Dia tak ada pantang l4rang tapi mulutnya tak lepas sebut kalimah Allah… setiap kali melangkah dia suka berzikir dengan menyebut nama Allah,” jelasnya.

Zarina menyifatkan Ruminah Sidek sebagai seorang yang sentiasa tersenyum dan pandai menghias diri. Di samping itu, Zarina berkata dia terharu kerana Mak Mah sering memberi nasihat berguna kepadanya. “Mak Mah ni penyayang orangnya, sentiasa tersenyum gembira dan pandai menghias diri… sentiasa nampak segak, lawa di usia emasnya. “Dia buat saya rasa terharu sebab dia kata rezeki Allah berbagai bentuk, kita kena bersyukur kepada Allah kerana memberi nikmat dalam hidup kita. “Love you, Mak Mah,” ujarnya.

Sumber: mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Ambil Tahu Dot Com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*